> Pemilihan Huruf
> Pertama Nama
> Adakah ia benar-benar related dengan sikap dan pribadi anda
> ?
>
> Pemilihan huruf pertama pada nama juga adalah penting.
> Berikut sebagai sedikit panduan.
>
> A : Ramah dan murah senyuman. Mereka juga pandai
> menyesuaikan diri dalam pergaulan selain bijaksana dan
> cerdas. Kelemahannya, sangat mudah berasa hati, dan mudah
> mengeluarkan kata-kata pedas ketika meluahkan perasaan
> marah.. Meskipun begitu marahnya mudah reda.
>
> B :
> Selalu tenang dalam menghadapi masalah yang rumit dan
> membahayakan dirinya adalah ciri penampilannya. Mereka juga
> sangat setia dan penyabar  yang menjadikannya amat
> disenangi dalam pergaulan. Kelemahannya, sangat mudah
> tersinggung.
>
> C :
> Ramah dan pandai berbicara. Ini yang menjadikannya popular
> di kalangan rekan-rekan. Mereka tidak bersungguh dalam
> bertindak dan selalu menganggap masalah yang dihadapi adalah
> remeh.
>
> D :
> Pendiam, bercakap hanya bila perlu. Sopan, berdisiplin dan
> kuat bekerja. Kelebihannya itulah yang menghasilkan kejayaan
> dalam mencapai cita-cita. Kelemahannya adalah selalu bimbang
> dan sukar mempercayai orang lain.
>
> E :
> Pandai dan penuh pertimbangan dalam menjalankan tanggung
> jawab. Sikapnya periang bila hatinya senang, tetapi suka
> berdiam diri apabila hatinya gundah dan boleh
>  membuatkan hati orang lain terluka.
>
> F :
> Punya pendirian yang teguh, tidak mudah goyah dan keras
> kepala. Mereka juga sukar memaafkan. Tidak setia dan amat
> berhati-hati bila berbelanja.
>
> G :
> Kerap murung dan bersedih hati. Pendiriannya mudah
> dipengaruhi. Tekun belajar ketika rakannya bermalas-malasan
> dan sebaliknya suka bermalas-malasan ketika rakannya sedang
> tekun.
>
> H :
> Mudah simpati, bahasanya lemah-lembut. Tidak pernah melukai
> perasaan orang lain. Selalu tergesa-gesa dalam melakukan
> pekerjaan, suka berkhayal dan bercita-cita terlalu
> tinggi.
>
> I :
> Suka memendam perasaan dan permasalahan. Mereka juga mudah
> merasa curiga dan cemburu terhadap orang lain. Suka
> menangis.
>
> J : Ramah dan murah senyuman.
> Mereka juga pandai menyesuaikan diri dalam pergaulan. Mudah
> merasa ragu dalam membuat keputusan dan tidak tegas.
>
> K :
> Pandai berjenaka. Hari-harinya sentiasa ceria walaupun
> perasaannya gundah. Kelemahannya suka bercerita rahsia
> sendiri.
>
> L :
> Ramah dan pandai bergaul dan mempunyai ramai kawan. Tidak
> suka bergosip dan mencampuri urusan orang lain. Amat
> berhati-hati bila berbelanja.
> Kelemahannya, tidak menepati masa.
>
> M :
> Pandai dan kreatif, suka kelembutan dan jika dikongkong,
> mereka akan berontak. Senang dijadikan sahabat, kerana
> mereka tidak berkira. Kelemahannya, boros dan keras
> kepala.
>
> N :
> Baik hati dan rapi dalam berpakaian.. Mereka suka
> menghulurkan tangan
>  menolong orang lain tanpa memikirkan balasan.
> Kelemahannya, mudah bersedih hati dan kurang percaya
> diri
> .
> O :
> Serba boleh. Suka memendam perasaan dan permasalahan serta
> sukar mempercayai orang lain. Akibatnya ramai yang
> menggapnya sombong dan suka memilih teman.
>
> P :
> Pandai berjenaka dan selalu ceria. Punya banyak idea dan
> sangat kretif. Sering melakukan sesuatu yang belum dilakukan
> orang lain... Agak pendendam dan boros.
>
> Q :
> Setia dan mudah memaafkan orang lain. Suka meluangkan
> waktunya untuk kawan-kawan. Keras kepala, sukar diatur dan
> mudah emosi..
>
> R :
> Pendiam dan bercakap hanya bila perlu. Tekun dengan kerja
> yang disukai dan bersungguh-sungguh dalam mengejar
>  cita-cita. Suka mengkritik. Dan sukar mengawal bicara
> ketika marah.
>
> S :
> Pandai dan tekun dalam mengejar cita-cita. Tidak suka pada
> orang yang suka memungkiri janji. Kelemahannya mudah
> tersinggung selain sukar menahan emosi. Jika sudah emosi
> marahnya meledak-ledak.
>
> T :
> Sangat berdisiplin. Selalu mengerjakan sesuatu menurut
> aturan buku. Tidak suka mengelamun atau bermalas-malasan.
> Suka menonjolkan diri selain senang gugup, terutama bila
> bersalah.
>
> U :
> Suka berterus-terang dan menyendiri. Naif baginya merugikan
> orang lain. Tidak tahan dengan kritikan dan kurang pandai
> menyusun kata-kata jika berbicara didepan orang
> ramai.
>
> V :
> Tutur katanya lembut dan pemalu. Pandai meyesuiakan diri.
> Selain itu, mereka juga pandai
>  menguasai orang disekitarnya dengan cerita-cerita yang
> memikat. Tidak suka berterus terang.
>
> W :
> Ramah dan mudah simpati. Sikapnya amat menawan. Punya
> toleransi yang tinggi dan ringan tangan. Keras kepala dan
> sukar diatur, tetapi hatinya boleh dilembutkan dengan
> kesabaran dan kelembutan.
>
> X :
> Budi pekertinya halus. Suka melakukan pekerjaan sosial.
> Mudah tersinggung dan tidak akan berbaik dengan mereka yang
> menyinggungnya.
>
> Y :
> Pendiam dan tidak suka menonjolkan diri. Ramai menganggapnya
> sombong walaupun sebenarnya mereka adalah sahabat yang baik.
> Tidak berani mengemukakan pendapat.
>
> Z : Pandai berjenaka
> dan menyesuaikan diri dalam pergaulan. Suka disapa terlebih
> dulu dan gemar menonjolkan diri.
>
>

Kirim email ke