ASSALAMMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA....SEBUAH CERITA UNTUK KITA
RENUNGKAN BERSAMA DAN MENGAMBIL PENGAJARAN DARINYA.....   "" Di sebuah
negara yang sangat aman damai dan diperintah oleh raja yang alim lagi
adil saksama. Raja itu mempunyai seorang puteri yang sangat cantik
jelita paras rupanya dan juga budi pekertinya.Pada suatu hari,raja
menitahkan memanda menterinya supaya mencari bakal suami untuk puterinya
itu. Raja itu mahu bakal menantunya itu mempunyai kekuatan yang luar
biasa supaya dapat mengetuai bala tentera negara,tidak kira sama ada
dari kalangan anak raja,bangsawan,ataupun rakyat biasa. setelah
difikirkan bagaimana untuk mencari bakal menantu yang mempunyai
sifat-sifat sedemikian,akhirnya raja mendapat satu idea dimana satu
pertandingan menguji kekuatan akan berlangsung. selepas mencanangkan ke
seluruh negara,beribu-ribu orang lelaki datang untuk menyahut seruan
itu. selepas selesai saja sesi pendaftaran peserta, raja pun membuat
ucapan pembukaan kepada semua peserta-peserta......"wahai rakyat ku yang
beta kasihi,beta mengucapkan terima kasih kerana sudi menyahut seruan
beta. barang siapa yang dapat berenang menyeberangi sungai dan sampai
dulu,akan beta kahwinkan dengan puteri beta. Barang diingat untuk
mencari pemuda yang betul-betul kuat saja untuk berkahwin dgn puteri
beta, sungai yang dipilih adalah sungai yang mempunyai pelbagai binatang
buas seperti buaya,naga,ikan piranha,ikan jerung dan juga ular-ular
berbisa. sesiapa yang sampai dulu diseberang sana dengan selamat,maka
dapatlah berkahwin dgn puteri beta. sekian ". begitulah adanya titah
raja tersebut. Daripada beribu-ribu orang yang mendaftar,tinggal beratus
saja yang masih mahu meneruskan cabaran,yang lain tarik diri. Maka
berbarislah beratus pemuda ditebing sungai,bersedia untuk melompat.
Apabila semua orang sudah bersedia....satu..dua...tiga.......tiada siapa
pun yang terjun,tiba-tiba.....dihujung barisan
tersebut...splashhh...seorang penonton menjerit...."ada orang lompat
dihujung sana". bayangkan cuma seorang saja yang terjun dan pemuda itu
berenang betul-betul laju mcm speed boat dan sampai ke tebing sana dgn
selamat. akhirnya pemuda itu berkahwin dgn puteri raja. majlis keramaian
dan kenduri berlangsung selama 7 hari 7 malam. ramai wartawan dari
segenap pelusuk dunia datang untuk menemubual pemuda tersebut untuk
mengetahui keberanian dan melihat lebih dekat lagi. tiba-tiba seorang
wartawan dari sepanyol bertanya kepada pemuda tersebut, " apakah
perasaan tuanku bila dapat berkahwin dgn puteri raja, dan apakah ilmu
yang tuanku pakai untuk berenang di dalam sungai itu?" Pemuda itu
menjawab " saya berasa sungguh bertuah...dan saya cuma nak tahu,siapa
yang tolak saya. saya nk ucap terima kasih pada dia....     KESIMPULAN
YG BOLEH DI BUAT....KITA TAK AKAN TAHU KELEBIHAN YANG ADA PADA DIRI
KITA,SEHINGGALAH BILA KEADAAN MEMAKSA KITA MELAKUKAN. JIKA TIADA ORANG
YANG MENOLAK PEMUDA TERSEBUT,MUNGKIN SAMPAI KE TUA PEMUDA ITU MISKIN DAN
HIDUP SEDERHANA. NAK TUNGGU ORANG NK TOLAK KITA,MEMANG TAKDE, KITA YANG
HARUS PAKSA DIRI KITA UNTUK BERJUANG DAN HIDUP. NEKAD DAN JANGAN PANDANG
BELAKANG LAGI. INGAT...MASUK GEAR DAN TERUS PECUT,JANGAN TEKAN BREK
LAGI....


--~--~---------~--~----~------------~-------~--~----~
You received this message because you are subscribed to the Google Groups "Ayo 
Ngguyu !!" group.
To post to this group, send email to [email protected]
To unsubscribe from this group, send email to 
[email protected]
For more options, visit this group at 
http://groups.google.com/group/pelawak?hl=en
-~----------~----~----~----~------~----~------~--~---

Kirim email ke