(BAHAGIAN 2)
   
  MAKLUMAT PENTING TENTANG KONSEP PERNIAGAAN DI RUMAH: ...Pilihan-Pilhan 
Pekerjaan Dari Rumah?
   
   
  Pilihan-Pilihan Pekerjaan Dari Rumah 
   
  Ini tidak semestinya satu perniagaan dengan erti kata sebenar, kerana banyak 
aktiviti bukan-perniagaan yang boleh anda lakukan di rumah seperti 
melukis,menulis,menggunting kertas,fotografi,memain alat muzik,menyanyi,memasak 
dan kraftangan.Walaupun anda ingin mendapat pendapatan sampingan dari aktiviti 
tersebut,anda tidak perlu mengubahnya menjadi suatu "perniagaan",kerana apa jua 
bakat anda,ianya adalah satu aset yang boleh diterjemahkan kepada wang ringgit 
dari segi mengajar,melatih,ataupun berkongsi pengetahuan.Ini sesuatu yang 
memberi lebih kepuasan kerana andalah pengeluar "produk" tersebut,tidak seperti 
menjual produk yang dikeluarkan di kilang-kilang.Perkhidmatan seperti pembekal 
makanan dan kaunseling boleh juga dilakukan dari rumah.
   
  Berikut adalah senarai contoh-contoh pekerjaan yang boleh dijalankan dari 
rumah:
   
  Perakaunan,merekabentuk bangunan,aroma-terapi, mengasuh 
kanak-kanak,memperbaiki basikal,penerbitan buku, penasihat kerjaya,mengurus 
persidangan,merekabentuk komputer, mengaturcara komputer,atau latihan 
komputer,menjahit pakaian, membuat anak patung,mereka rumah atau pejabat, pusat 
perkhidmatan e-mel,penasihat e-dagang, menyunting buku,video,audio dan 
sebagainya,mengutip derma, memasarkan sistem kawalan api,mengimport dan eksport 
ikan, rekabentuk grafik,pengajar di gim,pelatih gimnastik, mendandan 
rambut,mencipta hompage,menjual insuran, rekabantuk dalaman,pelaburan,membuat 
jem,membentuk jed, ejen mencari pekerjaan,membuat layang-layang, melatih 
kung-fu,mengait,perkhidmatan "latch key", dobi,membuat landskap,tempahan cara 
mel, mengulas muzik dan tayangan gambar, memasarkan, mencipta atau penasihat 
multimedia,perkhidmatan jururawat, penasihat pemakanan,menyewa pejabat,pasaran 
on-line, memelihara burung kasuari,jurugambar, perisik 
persendirian(lihat:seorang perisik di UK
 ialah seorang nenek!),pakar piano, membuat 'quilt', membuat 'quiche', 
mengaudit, membuat tali 'racquet',membuat kajian,menyanyi,tuisyen, ejen 
pelancongan,menterjemah,mereka dan membuat pakaian seragam, perniagaan pakaian 
dalam, merancang percutian, membuat pasu, perunding perkahwinan,menulis 
wasiat,memasarkan peralatan x-ray, membuat kad serta hadiah Krismas,menyusun 
buku tahunan,mengajar yoga, membuat dadih,mengajar Zen, meramal zodiak, membuat 
kajian zoologi. (Sumber: Chong Wai Leng - Diterjemah oleh Hayati Osman) 
   
  http://www.bekerjadirumah.formulakekayaan.com
   
   
  Perniagaan Di Rumah 
   
  Bila anda hendak menjadikan kemahiran anda sebagai satu perniagaan, anda 
perlu menimbang beberapa perkara,terutamanya apa yang jadi tumpuan dan 
bagaimana hendak memasarkannya dari rumah.Anda mestilah jelas dengan apa yang 
perlu dilakukan dan hala-tuju anda.
   
  1.  Buat kajian keatas apa yang hendak dilakukan. 
  2.  Pastikan wawasan untuk perniagaan anda. 
  3.  Buat satu pelan tindakan dan juga pelan perniagaan. 
  4.  Tetapkan belanjawan anda. 
  5.  Buat satu pelan pemasaran yang baik. 
  6.  Adakan ulasan berkala mengenai kemajuan anda. 
   
   
  Daripada,
   
  Pengurus Ideal Enterprise
   
  webmaster: 
  http://www.bekerjadirumah.formulakekayaan.com
   
   

       
---------------------------------
Get the Yahoo! toolbar and be alerted to new email wherever you're surfing. 

[Non-text portions of this message have been removed]

Kirim email ke