Ikutilah kisah-kisah menarik para usahawan jutawan: (BAHAGIAN 3)
J. PAUL GETTY
J. PAUL GETTY, jutawan minyak dan orang yang amat bernasib baik, tidak
teratur perjalanan hidupnya ketika dia masih kecil. Dia masuk ke universiti
kerana mahu menjadi seorang penulis. Kemudian dia masuk perkhidmatan
diplomatik. Setelah keluar universiti dia tertarik dengan kekayaan minyak di
Oklahoma, sumber kekayaan ayahnya. Perusahaan minyak ini tidak langsung menjadi
cita-cita Getty, tetapi dia rasa dia terpaksa menangguhkan perkhidmatannya
sebagai diplomat untuk setahun dan cuba menjadi usahawan minyak.
Getty mengumpulkan modal dengan bekerja di lombong minyak orang lain dan
kadangkala terpaksa meminjam dari ayahnya. Ayahnya berpegang kuat kepada
prinsip tidak mahu memanjakan anaknya. Dia meminjamkan wang kepada anaknya
tetapi dengan jumlah yang sedikit. Getty yang masih muda adalah seorang yang
berani tetapi bukan terburu nafsu. Dia tidak melibatkan diri dalam projek yang
memerlukan wang tunai yang banyak kerana takut menderita sekiranya kerugian.
Projek-projek awalnya gagal tetapi pada 1916 dia berjaya menjumpai telaga
minyak pertama. Dia mula kaya ketika umurnya baru 23 tahun.
Nasib baik? Sudah tentu. Getty sememangnya bernasib baik. Dia berbuat sesuatu
kena pada ketikanya. Bagaimanakah dia mengetahui bahawa telaga itu akan
menghasilkan minyak? Dia tidak tahu walaupun dia telah mengumpulkan data-data.
" Semua perkara mempunyai unsur nasibnya. ", dia berkata, dan " Anda harus
berani hidup bersama nasib anda.". Orang bernasib baik adalah orang yang berani
dan orang yang kurang berani dengan beberapa pengecualian adalah yang kurang
bernasib baik. Nasib baik mungkin menyebabkan nasib baik.
Untuk bertindak berani ikutilah panduan ini :
Bersedialah untuk bertindak cepat atau pantas menuju ke arah sesuatu yang
baru apabila peluang keemasan tiba. Bezakan antara keberanian dan perbuatan
terburu-buru. Kalau anda melaburkan seluruh wang simpanan anda untuk satu-satu
projek yang berkemungkinan besar akan merugikan anda, ini adalah perbuatan yang
terburu-buru.(Sumber: Daripada Penulisan Muhammad Amin Al-Farabi)
Daripada,
Pengurus Ideal Enterprise
webmaster:
http://www.bekerjadirumah.formulakekayaan.com
---------------------------------
Moody friends. Drama queens. Your life? Nope! - their life, your story.
Play Sims Stories at Yahoo! Games.
[Non-text portions of this message have been removed]