8 Langkah Menjadi Jutawan 
   
   
  Langkah 1: Mulanya di fikiran
   
  Kekayaan bermula di fikiran. Jikalau anda berfikiran negatif mengenai 
kekayaan, maka, ia akan menjadi penghalang mental anda. Lepasi penghalang 
mental tersebut dengan berfikiran positif tentang kekayaan. "Duit banyak 
bukannya boleh bawak ke kubur" merupakan salah satu fikiran negatif yang sering 
diluahkan. Apa kata anda tukar mindset tersebut kepada, "Duit banyak, nanti 
lebih banyak amal jariah boleh lakukan, walaupun kita sudah ke kubur!"
   
  Sekiranya anda inginkan kekayaan, langkah pertama anda adalah untuk membuang 
segala fikiran negatif tentang kekayaan. Tembusi benteng pertama yang menjadi 
penghalang kepada kekayaan- iaitu fikiran anda sendiri. Fikirkan boleh!
   
   
  Langkah 2: Tetapkan matlamat
   
  Dengan keinginan, anda perlu menetapkan matlamat. Keinginan tanpa matlamat 
merupakan perbuatan yang sia-sia oleh kerana kita tidak tahu arah hala tuju 
kita. Bayangkan anda menaiki teksi, tetapi tidak mempunyai matlamat destinasi. 
Silap hari bulan, anda di tendang keluar dari teksi. Dengan mempunyai matlamat, 
dalam konteks ini, destinasi, maka anda akan dapat menetapkan satu jalan untuk 
mencapai matlamat anda.
   
  Matlamat bagaikan suatu peta untuk anda sampai ke suatu destinasi. Tanpa peta 
yang lengkap, anda pasti akan tersasar dari destinasi anda. Tetapkan matlamat 
yang tinggi untuk diri anda, namun, matlamat tersebut perlu logik diterima 
fikiran. Sebagai contoh, memperolehi RM1 juta dalam masa 2 tahun bunyinya tidak 
logik- amat jarang sekali diperolehi oleh seseorang (namun tidak mustahil). 
Namun, memperolehi RM1juta dalam masa 10 tahun adalah suatu yang logik diterima 
fikiran dan sering dilakukan oleh jutawan-jutawan di Malaysia. Bagaimanakah 
caranya? Ikuti langkah-lankah seterusnya…
   
   
  Langkah 3: Hendak sejuta daya…
   
  Matlamat tanpa usaha adalah sia-sia. Matlamat tanpa usaha adalah umpama 
"Angan- angan Mat Jenin". Kekayaan dan kejayaan tidak akan jatuh ke riba kita 
begitu sahaja. Hendak peroleh wang berjuta? Maka, anda perlu letakkan sejuta 
usaha untuk merialisasikan impian anda. Tiada jalan pintas dalam mencapai 
kekayaan- usaha adalah tangga kejayaan.
   
  Dalam memotivasikan diri anda untuk berusaha mencapai matlamat anda, anda 
perlu memberi komitmen setiap hari dalam mencapai impian anda. Setiap hari, 
lakukan sesuatu untuk dekatkan anda kepada matlamat anda. Jangan tinggalkan 
sehari tanpa melakukan sesuatu walaupun usaha tersebut adalah sedikit sahaja. 
Perkataan kaizen yang berasal dari Jepun bermaksud improvement sedikit demi 
sedikit. Dengan sikap kaizen inilah Jepun berjaya menjadi negara maju yang 
disegani seluruh dunia.
   
   
  Langkah 4: Pengetahuan & ilmu
   
  Pengetahuan merupakan faktor penting dalam membina kekayaan. Tiada jalan 
pintas dalam memperolehi kekayaan. Dengan pengetahuan yang lengkap dalam 
sesuatu industri, ini akan memudahkan anda mencapai kekayaan dan kejayaan.
   
  Cara mudah untuk mendalami ilmu industri yang anda kecimpung adalah dengan 
cara membaca. Tanam sifat rajin membaca. Terdapat berbagai-bagai bahan bacaan 
di pasaran merangkumi topik-topik tertentu. Dengan mendalami pengetahuan dalam 
industri anda, anda akan menjadi pakar dalam bidang anda sendiri.
   
  Satu perkara penting dalam mencari ilmu adalah anda tidak perlu reinvent the 
wheel. Kejayaan telah dicapai dalam semua industri. Apa yang anda perlu lakukan 
adalah pelajari dari mereka yang telah berjaya. Dengan mengikuti jejak langkah 
mereka yang telah berjaya, anda pasti tidak akan tersasar dari mencapai 
kejayaan juga.
   
  (Sumber: Irfan Khairi, Jutawan Muda Internet Malaysia)
   
   
  ....bersambung
   
   
  Daripada
   
  Pengurus Ideal Enrerprise
  webmaster:
  http://www.bekerjadirumah.formulakekayaan.com
   
   
  


       
---------------------------------
Sick sense of humor? Visit Yahoo! TV's Comedy with an Edge to see what's on, 
when. 

[Non-text portions of this message have been removed]

Kirim email ke