Assalammualaikum w.b.t dan selamat sejahtera sahabat yang dikasihi.

PERCUMA
 
 Mungkin kini, anda sedang dilamun cinta. Usia perkenalan yang sudah agak 
panjang dengan si ''dia'' .... membuatkan anda merasakan, sudah tibalah masanya 
ntuk anda mengikat kukuh cinta anda dengan ikatan yang sah, iaitu sebuah ikatan 
perkahwinan. Satu ikatan suci murni yang akan menjadikan anda berdua sebagai 
sepasang suami-isteri yang sah dan seterusnya hidup dengan aman dan bahagia.
 
 Namun.. merealisasikan impian rumahtangga itu.. bukanlah suatu perkara yang 
mudah sepertimana memetik sekuntum bunga di taman. Keinginan anda yang 
membuak-buak untuk mendirikan rumah tangga itu, terhenti seketika setelah anda 
membuat sedikit kira-kira tentang perbelanjaan yang diperlukan untuk 
melangsungkan perkahwinan anda.
 
 RM 15,000? Perghh... itu belum masuk kos pengangkutan untuk pergi ke rumah 
pengantin. Duit minyak, tol, tempat penginapan, upah penanggah, sewa peralatan 
set audio video, upah juruvideo, potpuri... dan bermacam-macam lagi 1001 benda 
yang perlu anda sediakan untuk melangsungkan majlis perkahwinan anda.
 
 Itu hanyalah baru kos sebelum dan semasa anda melangsungkan perkahwinan... 
bagaimana pula dengan kehidupan selepas perkahwinan anda? Bajet honeymoon?.. 
Bajet untuk sewa rumah baru? Perabot serta kelengkapan-kelengkapan rumah? TV.. 
Set Bilik Tidur.. Kelengkapan Dapur untuk memasak.. dan macam-macam lagi... 
semuanya memerlukan WANG....
 
 Pendek kata.. ''Jika tidak ada wang simpanan sekurang-kurangnya RM15,000 dalam 
akaun bank anda... jangan bermimpilah nak kahwin.''
 
 Mungkin anda pernah mendengar sindiran sebegitu. Memang ianya agak pedih dan 
menyakitkan hati.. tetapi.. itulah hakikat kehidupan yang perlu anda hadapi dan 
terima.
 
 Saya memahami situasi anda.... Anda mungkin baru sahaja tamat belajar dan baru 
sahaja mendapat pekerjaan, itupun kontrak sahaja, belum lagi mendapat jawatan 
tetap. Di dalam situasi sebegini, memang agak sukar untuk anda menyimpan wang 
yang banyak untuk perkahwinan anda. Lebih-lebih lagi dengan beberapa bebanan 
hutang yang terpaksa anda tanggungi seperti hutang kad kredit, hutang kenderaan 
(Motorsikal/Kereta) dan juga hutang pelajaran (PTPTN) yang anda ambil sewaktu 
belajar dahulu.
 
 Ataupun.. mungkin anda sudah lama bekerja. Tetapi, hingga kini, anda masih 
tidak lagi dapat mengumpul wang yang secukupnya untuk melangsungkan perkahwinan 
anda.
 
 Gaji anda boleh tahan juga, tapi.. yang peliknya, setiap hujung bulan, anda 
pasti tidak akan cukup duit, anda tidak pasti kemana wang anda menghilang 
setiap bulan. Rasa-rasanya.. anda tidaklah ada ber''joli'' sakan.. tetapi.. 
pada setiap bulan, anda pasti tidak cukup wang... atau lebih baik sedikit.. 
wang gaji anda hanya cukup-cukup sahaja. Asal cukup bulan sahaja.. wang anda 
habis.. cukup bulan je.. wang anda habis... sedikit pun tidak dapat nak 
menyimpan. ''Macam mana lah nak kahwin kalau macam ni?'' kata hati anda.... 

     
       
---------------------------------
 Copy addresses and emails from any email account to Yahoo! Mail - quick, easy 
and free. Do it now...

[Non-text portions of this message have been removed]

Kirim email ke