Rezeki Dalam Perniagaan
Tiada jalan pintas untuk mencapai kekayaan. Namun, apakah
cara paling cepat untuk mencapai kekayaan?
Jawapannya amat mudah- perniagaan! Jikalau kita menyemak
orang-orang kaya di dunia, hampir semua menjadi kaya melalui
perniagaan. Apa yang dikatakan 9 daripada 10 rezeki datangnya
daripada perniagaan adalah amat tepat.
Seseorang yang bijak dalam pelaburan saham apabila melabur
RM5,000 mungkin akan mendapat pulangan 20-30% dari jumlah
pelaburan. Namun, seseorang yang bijak dalam perniagaan
apabila melaburkan RM5,000 dalam perniagaan sendiri akan
mendapat pulangan berpuluh-puluh atau beratus kali ganda
dari pelaburan tersebut.
Oleh itu, cara paling cepat untuk mencapai kekayaan adalah
melalui perniagaan. Amat sukar bagi mereka yang kerja makan
gaji mencapai kekayaan dengan cepat. Walaubagaimana pun, usah
risau jikalau anda bekerja makan gaji. Pesan seorang kawan saya,
jutawan Cina berbunyi: "Apa yang kita buat dari pukul 9.00-5.00
di pejabat adalah untuk menampung hidup kita... untuk menjadi
kaya, ianya adalah apa yang kita buat selepas pukul 5.00 petang"
Terdapat berbagai-bagai cara memulakan perniagaan secara part-time
dari membuka gerai dan berniaga kecil-kecilan, melakukan perniagaan
di Internet, memberi tuisyen kepada pelajar, membuat jualan langsung
dan sebagainya. Peluang perniagaan ada di merata-rata tempat. Anda
cuma perlu peka dengan permintaan sesuatu produk ataupun
perkhidmatan di sekeliling anda.
Walaubagaimanapun, untuk mencapai kejayaan dalam bidang perniagaan,
anda perlu menimba ilmu secukupnya. Anda tidak perlu mencipta
cara berniaga baru - apa yang anda perlu lakukan adalah mengikuti jejak
langkah mereka yang telah berjaya dalam sesuatu perniagaan tersebut.
Dengan mengikuti jejak langkah mereka yang sudah berjaya, anda tidak
akan tersasar dari jalan menuju kekayaan!
(Sumber: Irfan Khairi , Jutawan Muda Internet Malaysia)
Daripada
Usahawan Di Rumah Sepenuh Masa
(Full-Time Home Biz Owner)
http://www.jutaincome2u.com
---------------------------------
Looking for last minute shopping deals? Find them fast with Yahoo! Search.
[Non-text portions of this message have been removed]