Berikut adalah cerita dari seorang isteri yang berasal di Kuala Lumpur:

“Saya seorang wanita berstatus isteri berusia 30 an bekerja dalam sektor 
perbankan dan suami berusia akhir 30 an, dia seorang eksekutif pemasaran, kami 
mempunyai dua orang anak, lelaki dan perempuan.

Sepanjang tujuh tahun perkahwinan, saya tidak menikmati kebahagiaan dan 
kenikmatan dalam hubungan suami isteri. “Kami sentiasa sibuk dengan urusan 
sendiri, hinggakan tidak ada ruang waktu untuk kami bersenda gurau. Suami tidak 
begitu memperdulikan saya dan urusan rumah tangga. Suami saya kurang memberi 
perhatian kepada saya terutamanya dalam hubungan komunikasi, kewangan, kasih 
sayang dan masa. Segala-gala urusan rumah tangga terletak di bahu saya.

Kini kami saling menyayangi dan saya rasa bahagia kerana dia sentiasa mengambil 
berat dan memahami masalah saya, tetapi sampai bila hubungan kami akan berakhir 
saya sendiri tidak tahu ”


Bukan seorang dua wanita yang menghadapi masalah seperti cerita wanita di atas, 
tetapi ramai isteri mengakui bahawa mereka bosan, tidak puas dan kurang 
mendapat perhatian dari suami, sehingga ada di kalangan mereka menjalin 
hubungan dengan lelaki lain untuk mendapatkan kepuasan dan perhatian insan 
begelar lelaki. Jika situasi sebegini bagaimana cara untuk mengatasinya?

Tentu sahaja mengatasi masalah dengan menjalin hubungan dengan lelaki lain 
hanya mengundang risiko dan ia jelas menyalahi agama dan boleh memberi 
tang-gapan buruk terhadap wanita itu sendiri.

Risiko lain yang mungkin terjadi ialah bila suami atau isteri lelaki mengetahui 
hubungan anda. Sebelum hu-bungan terlarang berlanjutan, hentikan segera 
hubungan dan cari jalan bagaimana mengatasi masalah dengan suami secara 
terbuka, penuh diplomasi agar hubungan yang dingin tidak terus dingin.

Apa yang perlu, sebagai wanita dan isteri, anda harus bersedia untuk 
berbincang, sedia bertolak ansur, dikritik. Masa yang sama anda juga harus 
tegas menyuarakan hak anda sebagai isteri demi-oienjalin semula keharmonian 
rumah tangga yang semakin lesu.
 http://www.pancutkansuami.com/index.php?ref=adlan

Apa perlu dilakukan oleh isteri :

1- Perbaiki kelemahan diri, kenal pasti apa kelemahan dan kekurangan pada diri 
sendiri sehingga suami sentiasa tiada masa untuk bersama anda dan kelat di 
rumah serta mengabaikan tanggungjawabnya sebagai suami.

2- Kenalpasti apa faktor menolak yang ada di rumah sehingga dia terlalu sibuk 
dengan kerja dan kerjayanya di luar.

3- Bersedia untuk berbincang, jika suami tidak memulakan, anda boleh 
mulakannya, tetapi gunakan pendekatan yang tidak menyemarakkan lagi 
kemarahan-nya atau menyebabkan suami enggan berbincang.

4- Bersedia untuk dikritik dan bersedia mempertahankan diri.

5- Tidak mencari kesilapan sesiapa, sebalik mencari jalan untuk menyelesaikan 
masalah yang dihadapi bersama.

6- Segera berdamai, jika sudah mencapai kesefahaman.

7- Saling memaafkannya dan tidak mengungkit cerita lama.

Apa perlu dilakukan oleh suami:

1- Apabila isteri ajak berbincang, itu tanda hubungan anda dengannya ada 
masalah. Maka beri peluang dan bersedia berbincang dengannya dalam keadaan yang 
tenang bukan tertekan.

2- Segala keluhan dan rasa tidak puas hati itu adalah tanda isteri menyayangi 
anda bimbang jika anda berterusan dingin terhadapnya itu boleh meretakkan 
hubungan suami isteri.

3- Sedia ditegur dan mengubah perlakuan jika untuk kebaikan bersama.

4- Jika tidak setuju, beri alasan munasabah dan jangan menyalahkan isteri. 
Sebaliknya beri cadangan yang lebih realistik yang boleh diterima.

5- Jika sedia berubah, jangan mengulangi perlakuan yang tidak disukai pasangan.

Dapatkan lebih infomasi di

 http://www.pancutkansuami.com/index.php?ref=adlan



      
__________________________________________________________________________________________
Surf faster. Internet Explorer 8 optmized for Yahoo! auto launches 2 of your 
favorite pages everytime you open your browser. Get IE8 here! 
http://downloads.yahoo.com/my/internetexplorer/

[Non-text portions of this message have been removed]

Kirim email ke