o-----------ooO--(- Important  Message -)--Ooo------------o
|                                                         |
| SAVE BANDWITH, SPACE, TIME & MONEY, REPLY WITH PRUDENCE.|
|                                                         |
o----=[ Penguin @ My - Linux ([EMAIL PROTECTED]) ]=----o


A'kum & salam sejahtera,

Saya ada menyediakan nota MySQL, Perl DBI dan PHP . Kod kursus MySQL101,
DBI101 dan PHP101. Nota ini tersusun mengikut 3 pecahan tersebut di
dalam bentuk HTML dan ianya juga sesuai untuk dicetak. 

Walau masih ada sedikit kekurangan di bahagian PHP, insyaallah secara
keseluruhannya nota ini boleh memberi manfaat kepada para pemuda/i
sekelian. Saya akan mengemaskinikan kekurangan tersebut di masa akan
datang. Komen, sumbangan, dan idea amat dialu-alukan.

Sila lihat di http://my.enemy.org/~koff/mysql/

Berikut sedikit keratan ringkasan eksekutifnya;

-----8<-------- cut here --

Ringkasan Kuliketif 
  Kehadiran Linux ~ suatu Sistem Pengoperasian Alternatif (AOS) yang
mantap, stabil dan percuma telah menyediakan satu ruang yang luas ke arah
perkongsian pintar (smart partnership). Pelbagai bidang Teknologi Maklumat
(IT) seperti pengintegrasian sistem, pengautomasian pejabat, pangkalan
data (DB), pengurusan rangkaian dsb, menjadi berkembang dengan lebih pesat
dengan wujudnya perkongsian ini. Saya terasa terpanggil untuk sama-sama
berkongsi pengetahuan mengenai pangkalan data di Linux. Semoga maklumat
ringkas ini akan memberi idea kepada yang lain untuk menyumbangkan
maklumat yang lebih mendalam.
 
----8<------- end cut --



# perl -e 'print "\x50\x65\x72\x6c\x20\x4b\x69\x63\x6b\x65\x72\x0a";'

    _0     [EMAIL PROTECTED]
 o _//\    http://my.enemy.org/~koff
     \       k.i.c.k  o.f.f
    
-
Disclaimer : http://users.my-linux.org/disclaimer.html

Reply via email to