o-----------ooO--(- Important  Message -)--Ooo------------o
|                                                         |
| SAVE BANDWITH, SPACE, TIME & MONEY, REPLY WITH PRUDENCE.|
|                                                         |
o----=[ Penguin @ My - Linux ([EMAIL PROTECTED]) ]=----o


Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Di sini saya ingin membuat penambahan sedikit pada penjelasan saudara azlanar. 

Core itu tidak semestinya diperolehi apabila salah coding ataupun coding yang ada 
bugs. Biasanya kesalahan dalam coding adalah amat jarang berlaku dan sekiranya coding 
silap, compiler akan memberitahu dengan amaran-amaran dan errors yang tertentu. 
Sekiranya terdapat amaran-amaran yang tertentu ini maka kebarangkalian untuk 
menghasilkan file core ini adalah amat tinggi. Tetapi ia adalah amat jarang berlaku.

Penghasilan file core di dalam sistem kita tidak semestinya dihasilkan oleh program 
yang 'silap' atau mengandungi kesilapan yag menghasilkan amaran tetapi juga bergantung 
kepada struktur sistem itu sendiri.

Melalui pengalaman saya core wujud akibat daripada kesalahan bacaan dan tulis (I/O 
error), yang mungkin berpunca dari kesalahan pembacaan disk, atau retrieval file yang 
tidak betul; mungkin pada peringkat installation, file tidak diinstall dengan betul 
akibat dari terdapat gangguan semasa installation atau semasa download file sudah 
truncated atau sambungan file yang truncated tidak berjalan dengan betul.

Atau mungkin terdapat kesalahan di dalam library. Ini adalah yang paling selalu 
berlaku. Contohnya semasa RH6.0 baru dikeluarkan, semua program boleh dikatakan 
menghasilkan file core ini. Ini adalah disebabkan incompatibility (ketidak-sesuaian) 
beberapa program baru yang dijalankan (execute) dengan libc5 atau program lama dengan 
libc6 (glibc). 

Selain daripada itu kesalahan hardware turut contribute (menyumbang) kepada 
penghasilan file core contohnya system tidak dapat membaca dari memori dengan betul, 
atau penempatan ingatan (memory allocation) yang tidak betul lantas menghasilkan file 
core. Juga dengan compatibility yang lain bus speed hardware speed ram clock speed dan 
sebagainya yang boleh menyumbang kepada penghasilan file core.

Linux beruntung kerana kegagalan hardware tidak menyumbang kepada kejatuhan (crash) 
sistem. Ini adalah kerana struktur linux atau kebanyakan unix system yang tidak 
menjurus kepada error control seperti microsoft windows. Utk pengetahuan anda semua 
core itu mengandungi data-data error yang terhasil daripada perjalanan (exeution) 
program kita itu.

sekian terima kasih..

a 1 sen from me.



__________________________________________________________________________
Visit http://www.visto.com/info, your free web-based communications center.
Visto.com. Life on the Dot.
-
Disclaimer : http://users.my-linux.org/disclaimer.html

Reply via email to