TUMPAT: Pemimpin ajaran sesat `kerajaan langit', Ariffin Muhammad, 65, lebih 
dikenali sebagai Ayah Pin, yang diisytiharkan paling dikehendaki Kerajaan 
Terengganu, kini dikesan bersembunyi di sebuah kampung, di sini.

Penduduk kampung itu mendakwa terserempak dengan lelaki itu yang kini 
bersembunyi di rumah seorang rakannya yang turut menjadi tumpuan kaki judi di 
kalangan penduduk kampung, sejak seminggu lalu.

Ayah Pin bersama empat isterinya melarikan diri sebelum perkampungan kerajaan 
langit yang dibinanya di Kampung Batu 13 dekat Hulu Besut, Terengganu, diserang 
sekumpulan kira-kira 50 lelaki bertopeng pada awal pagi 18 Julai lalu.

Namun, tiga isterinya iaitu Che Jaharah Awang, 45; Ruzilan Mukhtar, 41 dan Nik 
Kamariah Nik Pa, 33, ditahan ketika bersembunyi di sebuah rumah di Kampung 
Sungai Pinang, Palekbang, Tumpat pada 31 Julai lalu.

Bagaimanapun, ketika tangkapan itu dilakukan sepasukan anggota polis Kelantan, 
Ayah Pin bersama isteri pertamanya, Che Minah Ramli, 58, tidak berada bersama 
tiga wanita itu.

Sepanjang tempoh melarikan diri, Ariffin dipercayai sering berpindah rumah yang 
ditumpangnya bagi mengelak daripada mudah dikesan pihak berkuasa sejak memasuki 
negeri ini dengan bantuan rakannya.

Sumber berkata, pemimpin ajaran sesat yang pernah mencabar pihak berkuasa 
supaya menahannya itu sebelum ini, dipercayai merancang melarikan diri ke 
negara jiran dengan menyeberangi Sungai Golok menerusi pangkalan haram.

"Tindakan itu tidak mustahil kerana kampung yang menjadi lokasi 
persembunyiannya kini terletak berhampiran sempadan, di mana setiap hari ramai 
penduduk keluar masuk secara haram. 

"Kedudukan kampung itu memudahkan dia lari ke negara jiran jika situasi 
memerlukan dan pada masa sama boleh kembali bersembunyi di rumah rakannya itu," 
katanya di sini, semalam.

Ketika ini, polis Kelantan masih mengawasi perkembangan terbaru itu selepas 
menerima maklumat walaupun belum mengambil tindakan.

Pada 2 Julai lalu, 21 pengikut ajaran sesat itu ditahan penguat kuasa Jabatan 
Hal Ehwal Agama Islam Terengganu (JHEAIT) sebelum disusuli operasi kedua pada 
pada 20 Julai yang membabitkan penahanan 58 pengikut Ayah Pin.

Pada 31 Julai lalu, JHEAIT menjalankan gerakan merobohkan semua replika dan 
monumen yang dibina di perkampungan ajaran sesat itu kecuali rumah yang menjadi 
kediaman pengikutnya.//Bha 14/8


__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam?  Yahoo! Mail has the best spam protection around 
http://mail.yahoo.com 

[Non-text portions of this message have been removed]



------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Get fast access to your favorite Yahoo! Groups. Make Yahoo! your home page
http://us.click.yahoo.com/dpRU5A/wUILAA/yQLSAA/ZP59lB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/perakan/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke