Ya Allah! ku pohon keselamatan dan keamanan padamu atas negeri dan rakyatku dan atas seluruh kaum muslimin dinegeriku dan negeri jiranku *************************************************** Warga Thai lari ke Kelantan -- Langkah terdesak bagi menyelamatkan diri daripada keganasan operasi tentera PASIR MAS 31 Ogos - Sebanyak 131 penduduk selatan Thailand bertindak menyelamatkan diri daripada keganasan pihak tentera dengan menyeberangi sempadan memasuki Kelantan semalam - perkembangan yang dikhuatiri akan membawa masalah keselamatan lebih besar.
Jumlah itu dijangka meningkat berdasarkan maklumat terdapat lebih 1,000 lagi penduduk Islam menunggu masa untuk melarikan diri ke negara ini pada bila-bila masa jika operasi ketenteraan yang didakwa menggunakan kekerasan itu, berterusan. Mereka bertindak demikian kerana bimbang dengan tindakan tentera Thailand yang sebelum ini didakwa menembak mati 17 orang Islam termasuk imam kampung dalam operasi Isnin lalu. Penyeberangan secara berperingkat-peringkat sejak pagi semalam melibatkan penduduk dari Sungai Padi, Narathiwat melalui pangkalan haram di Rantau Panjang, Pasir Mas membabitkan 62 orang dan 69 orang lagi melalui Pengkalan Kubor, Tumpat. Seorang lelaki berusia 39 tahun yang enggan dikenali dan mengetuai kumpulan terbabit berharap kerajaan Malaysia memberi status pelarian kepada mereka kerana bimbang keselamatan diri jika dihantar pulang. ``Kami tidak boleh dianggap sebagai pendatang tanpa izin walaupun memasuki negara ini tanpa dokumen sah kerana ia dilakukan secara terdesak berikutan operasi tentera terbabit,'' katanya kepada pemberita sambil menangis teresak-esak di sini, hari ini. Lebih 860 orang terbunuh sejak keganasan meletus 20 bulan lalu di Yala, Narathiwat dan Pattani yang majoriti penduduknya beragama Islam sehingga menyebabkan kerajaan negara itu terpaksa mengisytiharkan darurat di wilayah terbabit. Tinjauan Utusan Malaysia semalam, mendapati sebanyak 62 orang yang terdiri daripada 20 lelaki, 15 wanita dan 27 kanak-kanak berkumpul di Masjid Kampung Gual Tinggi, Rantau Panjang yang terletak kira-kira empat kilometer dari Pusat Pemeriksaan Imigresen Rantau Panjang. Mereka berkumpul di situ kerana bimbang ditangkap kerana perlu melalui pos pemeriksaan Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) kira-kira satu kilometer dari masjid tersebut. Mereka yang terdiri daripada guru, imam dan pekerja sendiri kelihatan cemas dan membawa beg pakaian menandakan mereka berniat tinggal lama di Kelantan. Imam Masjid Kampung Gual Tinggi, Rosli Alami berkata, dia juga hairan dengan kedatangan penduduk terbabit yang menggunakan kereta sewa sejak pagi semalam dan meminta penghulu kampung memaklumkannya kepada polis. ``Kita sangkakan mereka ingin ke kenduri kahwin, tetapi bila masih berada di masjid ini hingga pukul 7 malam, maka kita terpaksa memaklumkan kepada pihak berkuasa,'' katanya. Kira-kira pukul 12 tengah malam tadi, warga Thailand terbabit dibawa menggunakan dua trak polis ke Ibu Pejabat Polis Daerah Pasir Mas sambil diiringi oleh anggota cawangan khas. Tinjauan petang ini mendapati mereka di tempatkan di surau IPD Pasir Mas, tetapi pemberita dilarang mengambil gambar dan menemuramah warga Thailand berkenaan. Sementara itu, Ketua Polis Kelantan, Pemangku Senior Asisten Komisioner 1 (SAC 1), Zulkifli Abdullah dalam satu kenyataan lewat petang ini mengesahkan kehadiran 62 warga Thailand di Masjid Gual Tinggi dan 69 orang di Masjid Pengkalan Kubor, Tumpat. Katanya, rakyat negara terbabit yang berkumpul di Masjid Pengkalan Kubor, terdiri daripada 44 lelaki dewasa, sembilan wanita, dan 16 kanak-kanak. Beliau berkata, bertindak atas maklumat orang ramai, kira-kira pukul 8.30 malam tadi, polis pergi ke dua-dua tempat yang dinyatakan dan siasatan awal menunjukkan mereka tidak mempunyai dokumen pengenalan diri dan dokumen perjalanan yang sah. ``Mereka masuk Malaysia ekoran kebimbangan mengenai keselamatan diri mereka dan kesemua mereka akan diserahkan kepada pihak imigresen untuk tindakan selanjutnya,'' katanya. Sementara itu di BANGKOK, agensi berita AP melaporkan, sekurang-kurangnya enam anggota polis Thailand dan beberapa askar dilaporkan cedera dalam satu pertempuran dengan puak pemisah di kawasan hutan merentangi sempadan Malaysia-Thailand. Kolonel Polis Watcharin Amaraphitak berkata, pertempuran itu berlaku malam semalam selepas puak pemberontak bertindak meletupkan bom ke arah sekumpulan Unit Perlindungan Guru di wilayah Narathiwat. Pertempuran itu berlaku di sebalik laporan yang mengatakan sejumlah besar penduduk Thailand telah melarikan diri ke Malaysia untuk mendapatkan perlindungan.//UM __________________________________________________ Do You Yahoo!? Tired of spam? Yahoo! Mail has the best spam protection around http://mail.yahoo.com [Non-text portions of this message have been removed] ------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> Get fast access to your favorite Yahoo! Groups. Make Yahoo! your home page http://us.click.yahoo.com/dpRU5A/wUILAA/yQLSAA/ZP59lB/TM --------------------------------------------------------------------~-> Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/perakan/ <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/
