PASIR PUTEH, 31 Ogos -- Kira-kira 70 bekas pelarian Vietnam yang kini menetap 
di Amerika Syarikat dan Australia, hari Rabu menziarah kubur 162 rakan mereka 
yang terkorban di perairan Kelantan pada 1978 ketika mencari penghidupan baru.

Mereka melakukan upacara amal agama Buddha di Tokong Thai Wat di Cherang Ruku 
di sini.

Daripada 162 mangsa, hanya 123 dikenal pasti dan mereka adalah sebahagian 
daripada 360 penumpang bot NT65 yang tenggalam akibat dipukul ombak kuat dan 
mayat mereka dikebumikan dalam satu kawasan bersebelahan Tokong Malaysia-Thai 
Wat Semerak di sini.

Tiga dekad lepas, pelarian Vietnam menjadi orang hanyut, melarikan diri dengan 
bot nelayan dan tongkang, daripada cengkaman rejim Komunis di negara asal.

Ketika itu ramai daripada mereka membayar harga tiket antara US$3,000 dan 
US$30,000 (kira-kira RM12,000-RM111,000) untuk perjalanan dalam kapal-kapal 
terbabit yang sesak dan tidak mematuhi ciri-ciri keselamatan.

Ketua delegasi kumpulan pelawat itu, Dong Tran, yang kini berkhidmat sebagai 
perunding teknologi maklumat dengan kerajaan Australia di Melbourne, berkata 
faktor utama rakyat Vietnam berebut-rebut ketika itu ialah kerana inginkan 
kebebasan selain faktor ekonomi.

Mengikut statistik, kira-kira 850,000 pelarian Vietnam telah ditempatkan semula 
di negara maju antara 1975 dan 1996 manakala 800,000 lagi terkorban ketika cuba 
melarikan diri, katanya.

"Kami berterima kasih kepada Malaysia kerana layanan baik mereka semasa itu. 
Ketibaan di kem pelarian di Pulau Bidong, Terengganu, merupakan satu nikmat 
kebebasan," katanya.

Dong berkata rombongan itu turut membawa generasi muda supaya mereka dapat 
memahami keadaan terdesak untuk mengecapi kebebasan oleh rakyat Vietnam ketika 
itu.

Ketibaan kumpulan itu diuruskan oleh Ping Anchorage Travel Agency yang berpusat 
di Kuala Terengganu dan syarikat itu dijangka membawa kumpulan pelawat 
berkenaan menziarahi 15 tanah perkuburan warga Vietnam di Kelantan dan 
Terengganu.//Bernama




                
---------------------------------
 Start your day with Yahoo! - make it your home page 

[Non-text portions of this message have been removed]



------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Get fast access to your favorite Yahoo! Groups. Make Yahoo! your home page
http://us.click.yahoo.com/dpRU5A/wUILAA/yQLSAA/ZP59lB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/perakan/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 



Kirim email ke