RANTAU PANJANG: Peniaga tidak bertanggungjawab dipercayai mengaut keuntungan apabila sanggup menjual buku dan baju-T berunsur lucah secara terbuka.
Hampir semua buku yang dijual itu didapati memaparkan cerita berunsur seks serta sudah dilarang penjualannya kepada umum manakala baju-T itu pula dipercayai diperoleh dari negara jiran. Sehubungan itu, Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks al-Quran, Kementerian Keselamatan Dalam Negeri (KKDN) merampas 99 buku serta lapan helai baju-T berunsur lucah di sebuah kedai di Pasar Arked Mara di sini, kelmarin. Rampasan itu berdasarkan kandungannya lucah serta memaparkan gambar tidak senonoh termasuk gambar daun ganja yang dipercayai dicetak di negara jiran. Pegawai Penguatkuasanya, Nik Kamarul Ariffin Mohd Kamal, berkata dalam serbuan bersama tiga anggotanya mendapati kebanyakan buku lucah itu dijual secara terbuka dan boleh merangsang kegiatan tidak bermoral. Katanya, antara judul buku yang dirampas termasuk Permata Yang Hilang, Falsafah Cara Mengenal Perempuan, Rahsia Terlalu Bahagia dan Khazanah Mutiara Perkahwinan. Semua buku ini tidak sesuai untuk bacaan umum kerana mengandungi cerita berunsur seks dan sudah pun diharam penjualannya secara terbuka, katanya. Beliau berkata, baju-T yang dirampas pula memaparkan gambar agak lucah termasuk tulisan di bahagian hadapan baju serta perkataan mengajak remaja memuja dadah dan wang ringgit. Katanya, kebanyakan baju-T itu dipakai remaja yang gemar kepada imej rock atau punk. Beliau berkata, pihaknya akan membuat siasatan mengikut Seksyen 7(1) dan Seksyen 8(2), Akta Mesin Cetak 1984 Pindaan 1987. Jika sabit kesalahan pihak yang terbabit boleh dikenakan hukuman denda RM20,000 atau penjara tiga tahun atau kedua-duanya sekali, katanya. Nik Kamarul berkata, siasatan mendapati masih ada pemilik kedai buku menyimpan buku yang diharamkan di dalam stor mereka dan dijual secara sembunyi. //HM 9 Sept __________________________________________________ Do You Yahoo!? Tired of spam? Yahoo! Mail has the best spam protection around http://mail.yahoo.com [Non-text portions of this message have been removed] ------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> Get fast access to your favorite Yahoo! Groups. Make Yahoo! your home page http://us.click.yahoo.com/dpRU5A/wUILAA/yQLSAA/ZP59lB/TM --------------------------------------------------------------------~-> Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/perakan/ <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/
