PASIR MAS, 21 Sept Baru-baru ini rakyat Kelantan dilimpahi rezeki apabila buah-buahan melimpah di pasaran. Bagaimanapun bagi pekebun, pendapatan mereka tahun ini semakin susut kerana harganya cukup murah.
Bayangkan buah dokong dibeli di kebun dengan harga 70 sen sekilogram. Kalau sebelum ini, buah dokong di pasaran ditawar harga sekitar RM5 sekg. Begitu juga durian RM10 sudah mampu membeli sebanyak 20 biji. Menyedari limpahan buah-buahan di pasaran menyebabkan seorang penduduk dari dari Kampung Hujung Golok Pasir Mas, Ramli Jusoh mencipta mesin mengadun lempuk durian. Alat ciptaannya itu menjadi tarikan pengunjung pada program Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Peringkat Negeri Kelantan yang diadakan pada Ogos lalu. Ketika ditemui beliau berkata, idea mencipta peralatan berkenaan datang sendiri, iaitu seminggu sebelum sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan peringkat negeri. Katanya, mesin ciptaan itu dianggarkan membabitkan kos sebanyak RM1,800 dan dijual dengan harga RM2,000. Itu pun lebih murah dibandingkan dengan harga mesin lain di pasaran iaitu sekitar RM6,500, katanya. Mesin itu dicipta dalam masa seminggu dan peralatan yang digunakan adalah barang terpakai seperti motor dan besi. Selain mengacau durian ia juga boleh digunakan untuk mengacau bubur asyura dan dodol. Ramli berkata, beliau juga diundang menghadiri Hari Peladang, Penternak dan Nelayan di Selangor dan Melaka untuk membuat demontrasi peralatan terbabit.//Hrkh __________________________________________________ Do You Yahoo!? Tired of spam? Yahoo! Mail has the best spam protection around http://mail.yahoo.com [Non-text portions of this message have been removed] ------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> Get fast access to your favorite Yahoo! Groups. Make Yahoo! your home page http://us.click.yahoo.com/dpRU5A/wUILAA/yQLSAA/ZP59lB/TM --------------------------------------------------------------------~-> Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/perakan/ <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/
