KOTA BHARU, 22 Sept Sekolah-sekolah agama yang dikendalikan di bawah Yayasan Islam Kelantan (Yik) sekarang semakin dikenali, malah sehingga ke peringkat antarabangsa memandangkan pelajarnya kini bertebaran ke serata dunia.
Naib Presiden PAS, Dato' Dr Hassan Ali berkata, masyarakat dunia sekarang sudah mengenali sekolah agama di negeri ini kerana berjaya melahirkan ramai pelajar yang cemerlang. Betapa tidak, apabila pelajar berjaya melanjutkan pengajian masing-masing ke institusi pengajian tinggi dalam dan luar negara, mereka akan mengetahui pelajar terbabit dari sekolah mana. "Kalau kita dari sekolah Maahad Muhammadi Lelaki atau sekolah Yik yang lain, mereka dengan sendiri akan mengetahui," ujarnya pada program motivasi menjelang peperiksaan di Maahad Muhammadi Lelaki di sini, baru-baru ini. Seramai 2,016 pelajar yang bakal menduduki peperiksaan di sekolah berkenaan tahun ini mengikuti motivasi peperiksaan tersebut. Ia dianjurkan Persatuan Ibubapa dan Guru. Dr Hassan juga berkata, pelajar perlu berusaha gigih untuk mencatat rekod 'the best student' pada peperiksaan tahun ini. Menurutnya, pelajar hendaklah memecahkan rekod yang sudah dicapai sebelum ini untuk muncul sebagai sekolah terbaik di peringkat negara. "Untuk itu, saya harap semua pelajar menyahut cabaran untuk menjadikan sekolah ini sebagai pentas yang hebat bagi mencapai kecemerlangan dalam hidup, tambahnya. Pada majlis itu beliau Hassan mengingatkan pelajar selain mengulangkaji pelajaran mereka juga jangan lupa mendekatkan diri kepada Allah. Sebelum majlis berakhir, semua pelajar diminta melaungkan 'We are the best' berulang kali bagi membangkitkan semangat mereka untuk menghadapi peperiksaan. Sementara itu dalam perkembangan berkaitan, Urusetia Pembangunan Wanita, Belia dan Sukan negeri akan menganjurkan Motivasi Perdana pada 25 September ini bertempat di Balai Islam bermula 8.30 pagi. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Belia dan Sukan Negeri, Abdul Patah Mahmod, berkata motivasi berkenaan akan disampaikan, Dr Shukri Abdullah. Selain itu, menurutnya Menteri Besar akan mengimamkan solat sunat hajat pada majlis tersebut. "Untuk itu saya berharap semua pelajar yang bakal menduduki kesemua peperiksaan tahun ini sama ada PMR, SPM, STPM dan STAM hadir pada program motivasi itu," ujarnya. Menurutnya, 100 peserta pertama yang hadir akan mendapat cenderahati berupa buku.//Hrkh __________________________________________________ Do You Yahoo!? Tired of spam? Yahoo! Mail has the best spam protection around http://mail.yahoo.com [Non-text portions of this message have been removed] ------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> Get fast access to your favorite Yahoo! Groups. Make Yahoo! your home page http://us.click.yahoo.com/dpRU5A/wUILAA/yQLSAA/ZP59lB/TM --------------------------------------------------------------------~-> Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/perakan/ <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/
