KOTA BHARU, 26 Sept Bandar ini yang bakal mencatat sejarah baru pada 1
Oktober ini sebagai bandar raya Islam, sebenarnya pernah dikenali sebagai pusat
penerbitan buku-buku dan majalah sejak zaman lampau.
Ini dibuktikan apabila majalah Pengasuh yang diterbitkan sejak zaman Tok Kenali
masih kekal sehingga sekarang. Ia diterbitkan di bawah Majlis Agama Islam dan
Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK).
Pengerusi Jawatankuasa Pentadbiran Awam, Perancangan Ekonomi, Kewangan dan
Pembangunan Masyarakat, Haji Husam Musa berkata, usaha melahirkan Kota Bharu
sebagai bandar raya Islam adalah bertepatan sebagai pusat perkembangan ilmu
sejak zaman lampau.
Contohnya di Cairo, Mesir terdapat sebuah perpustakaan yang mempunyai 40 ruang
dan menyimpan jutaan buku untuk rujukan. Begitu di bandar Cordova, Sepanyol
terdapat lebih 400 perpustakaan, katanya pada perasmian Gerakan Bulan Membaca
di sini, kelmarin.
Beliau berkata, Kota Bharu harus dikekalkan sebagai pusat pengeluaran buku
rujukan yang terunggul di rantau ini.
Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pentadbiran), Dato Abdul Rahim Hassan
berkata, program Gerakan Bulan Membaca merupakan satu daripada 20 program besar
sempena pelancaram Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam.
Program ini diadakan untuk memupuk dan menyemai sikap suka membaca dan diharap
ia menjadi suatu budaya kepada warga bandar, kata beliau.
Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang Gerakan Bulan Membaca termasuk
pameran dan jualan buku, ceramah kaedah cepat membaca, pertandingan mewarna
untuk kanak-kanak, mengeja cepat tulisan jawi prasekolah dan pelancaran jurnal
Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra.
Sementara itu, dalam perkembangan lain, hampir 3,000 pelajar yang bakal
menduduki peperiksaaan Penilaian Menengah Rendah, Sijil Menengah Ugama, Sijil
Pelajaran Malaysia, Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia dan Sijil Tinggi
Pelajaran Malaysia menyertai kem motivasi Perdana di Balai Islam, semalam.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Belia dan Sukan, Abdul Patah Mahmood
berkata, kerajaan negeri berhasrat melahirkan pelajar yang terbaik dan menjadi
kebanggaan negara.
Kerajaan berusaha bagi merangka dan menyediakan platform untuk melahirkan
pelajar yang cemerlang, katanya pada perasmian program berkenaan.
Ceramah disampaikan motivator terkenal, Dr Shukri Abdullah. Program itu
berakhir dengan solat hajat yang diimami Tuan Guru Hashim Abu Bakar dari Pondok
Pasir Tumbuh. Sebelum itu pelajar solat Zohor berjemaah.
Abdul Patah juga berkata, kajian saintis membuktikan berlaku hubungan rapat di
antara sifat-sifat taqwa dan kecemerlangan. Katanya, sebanyak 75 peratus kajian
yang dijalankan oleh Institute Of Health Research mendapati faktur agama dan
ibadah mendatangkan kesan positif terhadap kesihatan individu.//Hrkh
---------------------------------
Yahoo! for Good
Click here to donate to the Hurricane Katrina relief effort.
[Non-text portions of this message have been removed]
------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~-->
Get fast access to your favorite Yahoo! Groups. Make Yahoo! your home page
http://us.click.yahoo.com/dpRU5A/wUILAA/yQLSAA/ZP59lB/TM
--------------------------------------------------------------------~->
Yahoo! Groups Links
<*> To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/perakan/
<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
http://docs.yahoo.com/info/terms/