KOTA BHARU: Datuk Annuar Musa, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kok Lanas itu, berkata seluruh Adun BN Kelantan akan memberi sokongan dan sedia menghadiri majlis pelancaran dan perisytiharan MPKB-BRI oleh Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra Sultan Yahya Petra pada 1 Oktober ini
 
Namun begitu, Umno dan Barisan Nasional (BN) Kelantan menyifatkan langkah kerajaan negeri mengisytiharkan Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) 1 Oktober ini, sebagai retorik politik mengikut pemikiran pemimpin Pas semata-mata, bukan mengikut sunnah nabi.

Perisytiharan itu juga disifatkan bertentangan dengan tuntutan agama apabila kerajaan Pas Kelantan sanggup membelanjakan sehingga RM2 juta untuk menjayakan rancangan itu termasuk mengadakan konsert Mawi besar-besaran di sini, menjelang beberapa hari umat Islam akan menyambut Ramadan, awal bulan depan.

Pengerusinya, Datuk Annuar Musa, berkata ketika ini tidak ada pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri ini yang mencapai taraf `bandar raya' dan kuasa meluluskan penarafan bandar raya terletak di bawah bidang kuasa Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

"Dalam hal ini (perisytiharan MPKB-BRI), MPKB masih kekal sebuah majlis perbandaran kerana belum mencapai kelayakan yang antara lain membabitkan syarat pendapatan diperolehi menerusi pelbagai sumber cukai dan perkhidmatan yang disediakan.

"Malah, kota Makkah, Madinah dan Kaherah yang sentiasa dirujuk pusat perkembangan Islam dan bandar tertua umat Islam di dunia, tidak pernah dijadikan gimik politik sebagai bandar raya Islam," katanya pada sidang media di Kompleks Yayasan Kemiskinan Kelantan (YKK), Melor, dekat sini, semalam.

Beliau mendakwa perisytiharan itu hanyalah pernyataan hasrat kerajaan Pas Kelantan untuk menjadikan MPKB bandar raya dalam tempoh 10 tahun dari sekarang menerusi program MPKB-BRI sehingga 2015.

Katanya, Umno dan BN Kelantan menyedari sudah menjadi antara strategi politik Pas yang gemar menjadikan Islam sebagai label termasuk melabel MPKB-BRI yang masih kabur pelaksanaan dan pengisiannya.

"Bagaimanapun, kita mengambil pendekatan terbuka dan tidak menolak hasrat mengisytiharkan MPKB-BRI demi kebaikan rakyat dan selari prinsip agama.

"Namun, kerajaan negeri perlu tegas dan sedia menerima teguran jika wujud penyalahgunaan nama baik dan kesucian Islam, kuasa, penyelewengan dan ketidakadilan yang bertentangan dengan tuntutan agama dan kehendak rakyat," katanya.//Bha 28 Sept

__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam? Yahoo! Mail has the best spam protection around
http://mail.yahoo.com

SPONSORED LINKS
Florist malaysia Malaysia hotel Kelantan


YAHOO! GROUPS LINKS




Kirim email ke