Bagaimana pula dengan pengisytiharan Malaysia Negara Islam?, adakah 
ia tidak menjatuhkan imej Agama kerana ia tidak menepati kehendak 
agama seperti mempunyai Pusat judi terbesar Asia?..

******************************************************************
MACHANG, 30 Sept (Bernama) -- Pengisytiharan Kota Baharu sebagai 
Bandaraya Islam, Sabtu sedikit sebanyak boleh menjejaskan nama baik 
agama sekiranya pengurusan bandaraya itu tidak menepati kehendak 
Islam, kata Penasihat Agama kepada Perdana Menteri, Tan Sri Dr Abdul 
Hamid Othman.

Beliau berkata ini kerana agama Islam menitikberatkan pelbagai aspek 
yang perlu disempurnakan, termasuk kebersihan, kemudahan asas, 
keceriaan dan taraf hidup penduduknya.

"Bagaimana kalau ada orang luar datang dan bertanya inikah agama 
Islam yang dikehendaki sekiranya didapati bekalan air tidak 
mencukupi, orang-orang Islam mendiami rumah yang hampir roboh, dan 
sampah merata tempat," katanya kepada Bernama Khamis, ketika diminta 
mengulas tentang majlis pengisytiharan Majlis Perbandaran Kota Baharu 
Bandaraya Islam yang akan disempurnakan Sultan Kelantan Sabtu.

Dr Abdul Hamid berkata bandaraya Alor Star di Kedah adalah lebih baik 
dalam beberapa aspek berbanding dengan Kota Baharu, tetapi ia tidak 
punyai sebarang cadangan untuk mengisytihar diri sebagai bandaraya 
Islam.

Beliau berkata Islam tidak mementingkan pada nama kerana ia boleh 
mengelirukan orang awam, dan apa yang diperlukan ialah pihak berkuasa 
sesebuah bandar itu dapat menyediakan bekalan makanan yang cukup, 
rakyat yang sihat dan tiada huru hara.

Terdahulu Dr Abdul Hamid telah merasmikan Seminar Pendedahan Islam 
Hadhari peringkat negeri di sini yang dihadiri lebih 370 peserta yang 
terdiri penyelia penggerak masyarakat dan guru-guru fardu Ain (Kafa).








------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Get fast access to your favorite Yahoo! Groups. Make Yahoo! your home page
http://us.click.yahoo.com/dpRU5A/wUILAA/yQLSAA/ZP59lB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/perakan/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 



Kirim email ke