3 hari lepas balik kampong, buboh minyak kat Kuala Krai...
harga RM164..tekezut den...kat KL RM152, beza 12sen.

itu memang perbezaan harga minyak antara kawasan/negeri?

--- In [email protected], perakan <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
>
> KOTA BAHARU, 11 Okt -- Harga beberapa barangan keperluan harian 
terutamanya sayur yang dijual di Pasar Siti Khadijah meningkat antara 
20 sen dan RM2 pada bulan puasa ini yang dianggap oleh Persatuan 
Pengguna Kelantan (PPK) sebagai helah orang tengah untuk meraih 
untung lebih.
> 
> Yang Dipertua PPK Yusoff Ahmad berkata tindakan orang tengah yang 
mengambil untung lebih menyebabkan harga barang-barang keperluan 
harian itu meningkat dari biasa.
> 
> "Saya tidak setuju kalau dikatakan sebab harga minyak naik, harga 
barang-barang keperluan harian itu naik, yang jelas orang tengah 
mengambil untung," katanya kepada Bernama di sini Selasa.
> 
> Menurut Yusoff, harga cili padi sekarang naik kepada RM3.50 
sekilogram daripada RM3 sekilogram sebelum bulan puasa, cili besar 
naik daripada RM5 kepada RM7 sekilogram, kacang panjang (RM3 seikat 
kepada RM3.50 seikat), kubis (RM1.20 kepada RM1.80), lobak merah (RM3 
kepada RM3.50) dan sawi (RM2.50 kepada RM3).
> 
> Beliau berkata harga ikan juga turut meningkat antara 50 sen dan 
RM2 bagi setiap kilogram berdasarkan kepada jenis ikan dan kesegaran 
ikan yang dijual.
> 
> Katanya harga susu dan gula juga dilaporkan naik tetapi ia 
berkaitan rapat dengan kenaikan harga minyak yang diumumkan oleh 
kerajaan baru-baru ini.
> 
> Tinjauan Bernama ke pasar berkenaan mendapati harga sayur-sayuran 
meningkat daripada harga biasa yang menurut penjual berpunca daripada 
tindakan pemborong menjual mahal.
> 
> Seorang peniaga, Ramlah Awang berkata harga sayur dibelinya 
meningkat mendadak, iaitu cili kecil naik 50 sen, cili besar naik 
RM2, kubis (60 sen), kacang (50 sen), lobak merah (50 sen) dan sawi 
meningkat 20 sen sekilogram.
> 
> "Saya sudah beli dengan harga mahal, naik dua tiga hari lepas," 
katanya ketika ditemui.
> 
> Peniaga ayam, Azman Yusoff, 35, berkata ayam bersih dijual dengan 
harga RM6 sekilogram iaitu meningkat antara 20 sen dan 50 sen bagi 
setiap kilogram berbanding sebelum ini.
> 
> Azman berkata kenaikan itu disebabkan bekalan ayam berkurangan dan 
permintaan terhadap ayam meningkat dan ini memberi peluang kepada 
peniaga menaikkan harga bahan itu.//Bernama
> 
>               
> ---------------------------------
>  Yahoo! Music Unlimited - Access over 1 million songs. Try it free.
>






------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Get fast access to your favorite Yahoo! Groups. Make Yahoo! your home page
http://us.click.yahoo.com/dpRU5A/wUILAA/yQLSAA/ZP59lB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/perakan/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 



Kirim email ke