KOTA BHARU, 12 Okt - Kerajaan Kelantan meluluskan peruntukan segera sebanyak RM30,000 untuk membantu mangsa gempa bumi di Pakistan dan India, baru-baru ini.

Bantuan tersebut akan disalurkan melalui Tabung Mangsa Bencana Alam Pakistan dan India secepat mungkin. Selain itu, kerajaan negeri juga akan menghantar wakil bagi melihat sendiri kemusnahan yang berlaku di kedua-dua lokasi terbabit tidak lama lagi.

Pengerusi Jawatankuasa Pentadbiran Awam, Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Pembangunan Masyarakat, Haji Husam Musa berkata, jumlah bantuan tersebut diluluskan pada mesyuarat Exco hari ini.

"Setakat ini sumbangan berkenaan diperolehi dari Tabung Serambi Mekah dan Jabatan Kebajikan Masyarakat," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Exco, di Kota Darulnaim.

Beliau berkata, jumlah sumbangan itu dijangka meningkat apabila mendapat kerjasama orang ramai bagi mengisi tabung berkenaan.

"Memandangkan ia masalah kemanusiaan dunia, kerajaan negeri meluluskan serta-merta bantuan tersebut hari ini," ujarnya.

Baru-baru ini, puluhan ribu penduduk di Pakistan, India dan Afghanistan terbunuh apabila gempa bumi berukuran 7.6 skala Richter melanda kawasan pergunungan di sempadan kedua-dua negara.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, Husam berkata mesyuarat Exco kerajaan Kelantan hari ini menempa sejarah apabila berjaya membincangkan 250 fail yang diangkat pada mesyuarat tersebut.

Katanya, sejak PAS menerajui kepemimpinan kerajaan Kelantan 15 tahun lalu, hanya 70 hingga 130 fail sahaja dibincangkan pada setiap kali mesyuarat Exco berlangsung.

"Sebelum ini kita hanya membincangkan paling banyak hanya 130 fail sahaja, namun hari ini telah mencatat rekod paling tinggi, iaitu 250 fail berikutan kecemerlangan pengurusan Pejabat Tanah dan Jajahan di semua jajahan," ujarnya.

Menurutnya, sebahagian fail tersebut menyentuh mengenai masalah pecahan sempadan di semua jajahan.

Sedangkan katanya, sebelum ini masalah penyelesaian tanah mengambil masa bertahun-tahun. Dengan kaedah yang digunakan sekarang tempoh penyelesaian tanah hanya memakan masa sehingga empat bulan sahaja.//Hrkh


Yahoo! Music Unlimited - Access over 1 million songs. Try it free.

YAHOO! GROUPS LINKS




Kirim email ke