KOTA BHARU, 13 Okt - Keprihatinan kerajaan negeri terhadap penduduk miskin semakin jelas terbukti apabila bersedia menawarkan mereka dividen daripada keuntungan ladang kelapa sawit yang bakal diambil alih daripada Felcra.

Felcra sebelum ini bersetuju menyerahkan semula sebahagian tanah yang diusahakan di atas tanah milik kerajaaan negeri. Jumlah keseluruhan yang akan diserahkan kepada kerajaan negeri seluas 10,000 ekar. Ladang terbabit tidak ditempatkan peneroka.

Pengerusi Jawatankuasa Pentadbiran Awam, Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Pembangunan Masyarakat, Haji Husam Musa berkata, pada peringkat pertama kerajaan negeri akan mengambil semula ladang yang diurus Felcra di Gua Tambun, 16 Oktober ini.

“Ladang kelapa sawit itu seluas 536 ekar akan diurus sendiri oleh kerajaan negeri bagi kepentingan rakyat miskin,” katanya di Kota Darulnaim, semalam.

Sebelum ini kerajaan negeri mengadakan rundingan bagi mengambil balik semula ladang yang dibangunkan Felcra di atas tanah milik kerajaan negeri.

Husam berkata, Felcra setuju menyerah kembali 70 peratus daripada jumlah ladang yang tidak mempunyai peneroka tersebut kepada kerajaan negeri dan selebihnya kerajaan negeri setuju menyerahkan kepada Felcra untuk diusahakan.

“Ladang yang akan diserah kepada kerajaan negeri tidak mempunyai peneroka. Manakala ladang yang ditempatkan peneroka tetap diurus agensi pembangunan tanah itu,” katanya.

Beliau berkata, keputusan itu dibuat selepas berunding sekian lama dengan Felcra. Menurutnya juga imbuhan yang akan diagihkan kepada penduduk miskin adalah dalam bentuk dividen, daripada hasil keuntungan ladang dianggarkan RM600,000 setahun.

"Dianggar seramai 400 penduduk miskin khususnya kawasan berdekatan Gua Tambun akan memperolehi hasil dividen tersebut. Dan dijangka agihan itu akan dibuat sebelum sambutan Hari Raya Idulfitri ini," ujarnya.

Difahamkan majlis penyerahan ladang itu akan diadakan pada 16 Oktober ini, dijangka turut dihadiri Menteri Besar, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Pada persidangan DUN baru-baru ini, wakil kerajaan menjelaskan Felcra bersetuju menyerahkan tanah milik kerajaan negeri yang dibangunkan dengan tanaman kelapa sawit di Rantau Panjang. //Hrkh


Yahoo! Music Unlimited - Access over 1 million songs. Try it free.

SPONSORED LINKS
Florist malaysia Malaysia hotel Kelantan


YAHOO! GROUPS LINKS




Kirim email ke