KOTA BHARU-BRI, 19 Okt.: Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) akan melatih petani muda menceburi pertanian komersial khususnya di tanah tinggi Lojing, kata pengerusinya Datuk Seri Annuar Musa.

"Kita yakin tanah tinggi di Lojing berpotensi untuk dimajukan dan kawasan KADA seluas 200 hektar adalah paling baik untuk diusahakan. Kita memohon peruntukan sebanyak RM500,000 dalam Rancangan Malaysia Kesembilan bagi peringkat awal tetapi kita juga akan bekerjasama dengan pihak swasta untuk melaksanakan hasrat itu," katanya kepada pemberita pada majlis penyampaian amanat dan berbuka puasa di Dewan Serbaguna KADA di sini Selasa malam.

Beliau berkata KADA yakin hasrat itu boleh dicapai kerana tanah, pusat latihan dan asrama sudah sedia kecuali pemilihan peserta yang berminat untuk menyertai program itu belum dibuat.

Annuar juga berkata KADA akan membuat kajian semula berhubung pembangunan Ladang Merdeka di Kelantan dan satu bengkel untuk membincangkan masa depan ladang itu akan diadakan nanti.

"Fokus kita adalah untuk memberi penekanan kepada aspek pertanian komersial dan pertanian berskala besar di Kelantan," katanya.//BERNAMA


Yahoo! Music Unlimited - Access over 1 million songs. Try it free.

SPONSORED LINKS
Florist malaysia Malaysia hotel Kelantan


YAHOO! GROUPS LINKS




Kirim email ke