KOTA BHARU: Seorang pengajar sekolah memandu di sini mati akibat melecur teruk, manakala isterinya masih koma selepas kedua-duanya dipercayai bergaduh menyebabkan beberapa peralatan rumah terbakar dan api menyambar mereka. Lelaki berusia 38 tahun yang melecur 51 peratus itu meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) di sini, petang kelmarin.
Isterinya berusia 41 tahun dan bekerja di sebuah bank turut melecur teruk dan masih kritikal di hospital yang sama. Polis hanya mengetahui kejadian itu selepas menerima laporan kematian lelaki berkenaan petang kelmarin, walaupun kebakaran selepas pergaduhan itu berlaku Jumaat lalu. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan, Asisten Komisioner Mohd Razalli Mohd Yusoff, berkata sepasukan anggota polis dihantar ke HUSM untuk menyiasat punca kebakaran yang membawa kepada kematian lelaki itu. "Kita turut menyiasat rumah pasangan itu di Taman Telok Bayam dan mendapati kesan terbakar pada bantal di dapur, permaidani dan langsir di ruang tamu. "Kebakaran itu disedari ibu saudara mangsa yang pergi ke situ antara jam 5 hingga 6 pagi sebaik menerima panggilan telefon daripada wanita berkenaan. "Ketika masuk ke rumah itu, mangsa lelaki ditemui terbaring dalam keadaan melecur berhampiran isterinya, yang juga melecur di ruang tamu rumah mereka. Ketika itu isteri mangsa masih sedar dan boleh bercakap. Mereka dikejarkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) dan HUSM untuk menerima rawatan," katanya. Mohd Razalli berkata, siasatan mendapati kejadian itu berpunca daripada pergaduhan antara pasangan suami isteri itu yang membabitkan penggunaan bahan mudah terbakar. Mayat mangsa sudah diserahkan kepada keluarganya untuk urusan pengebumian dan polis mengklafikasikan mangsa mati mengejut tetapi siasatan lanjut masih dijalankan.//Bha 28 Okt ------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> Get fast access to your favorite Yahoo! Groups. Make Yahoo! your home page http://us.click.yahoo.com/dpRU5A/wUILAA/yQLSAA/ZP59lB/TM --------------------------------------------------------------------~-> Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/perakan/ <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/
