KOTA BHARU, 14 Nov  – Pengarah Jabatan Pertanian Kelantan, Dato' 
Othman Ngah, 54 meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung 
kira-kira jam 5 petang semalam. 

Sebelum itu beliau menghadiri satu majlis di Istana Negeri di Kubang 
Kerian. Menurut jurucakap Jabatan Pertanian, Allahyarham rebah 
selepas pulang dari istana dan kemudian dibawa ke Hospital Universiti 
Sains Malaysia (HUSM) di Kubang Kerian.
"Allahyarham disahkan meninggal dunia ketika berada di HUSM. 
Jenazahnya kemudian dibawa pulang ke rumah di Kubang Kerian. Selepas 
itu dibawa ke kampung halamannya di Paloh, Manir Kuala Terengganu 
malam tadi dan dikebumikan di sana," katanya.

Allahyarham meninggalkan seorang balu, Datin Ainon Elony Othman dan 
tiga anak. Anak sulungnya, Aimy Liana, 18 kini sedang melanjut 
pengajian dalam bidang perubatan di Ukraine. 

Timbalan Menteri Besar, Dato' Ahmad Yakob, anggota Exco, Dr Nik 
Mazian Nik Mohamad, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Aiseri Alias 
dan pegawai-pegawai kanan kerajaan negeri menziarahi jenazahnya. 
Turut hadir isteri Menteri Besar, Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak.

Othman berkhidmat sebagai pengarah di Kelantan mulai 1 Febuari 1994. 
Sebelum itu pernah berkhidmat sebagai Timbalan Pengarah Jabatan 
Pertanian Terengganu.

Penolong Pengarah Pertanian di Perak, Pegawai Pembangunan dan 
Penilaian Pertanian, Pegawai Pertanian Daerah Kinta dan Pengetua 
Institut Pertanian Kuala Lipis. Mendapat pendidikan sehingga 
peringkat sarjana di Amerika Syarikat. 

Timbalan Menteri Besar berkata, kematiannya merupakan satu kehilangan 
besar kerana Allahyarham merupakan seorang pegawai yang dedikasi.

"Beliau banyak melakukan perubahan dalam bidang pertanian di Kelantan 
terutamanya mewujudkan projek Diraja yang kini berjaya membuahkan 
hasilnya," ujarnya.//Hrkh







------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Get fast access to your favorite Yahoo! Groups. Make Yahoo! your home page
http://us.click.yahoo.com/dpRU5A/wUILAA/yQLSAA/ZP59lB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/perakan/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 



Kirim email ke