Pada 28 April 1993, Pengerusi Umno Kelantan sekarang, Dato' Annuar Musa bersama pemimpin Umno yang lain telah menganjurkan majlis penabalan Tengku Ibrahim Petra dan dianugerah Pingat Emas Kecemerlangan Indera Petra kepadanya.
KOTA BHARU, 18 Nov (Hrkh)- Jawatankuasa Terpilih Dewan Undangan Negeri Kelantan akan bermesyuarat 22 November ini bagi membincangkan dakwaan pertabalan raja yang berlaku pada April 1993 lalu.
Pengerusi jawatankuasa itu, Dato' Wan Abdul Rahim Abdullah yang juga Speaker DUN berkata, pihaknya akan membincangkan perkara itu dan akan membuat cadangan kepada Dewan Undangan Negeri Kelantan dalam sidangnya awal tahun depan ini.

Jawatankuasa yang dipengerusikannya itu turut dianggotai oleh enam ahli DUN Kelantan yang lain.
Mereka adalah anggota Exco Takiyudin Hassan, Zulkifli Mamat dan Hassan
Mahmud dan tiga Adun iaitu Dato' Omar Mohamad (Perupok), Zakaria Yaakob dan Shukri Abd Rahman (Kadok).
Pada 28 April 1993, Pengerusi Umno Kelantan sekarang, Dato' Annuar Musa bersama pemimpin Umno yang lain telah menganjurkan majlis penabalan Tengku Ibrahim Petra dan dianugerah Pingat Emas Kecemerlangan Indera Petra kepadanya.
Pada majlis itu, Tengku Ibrahim telah dianugerahkan tujuh persalinan sebagai cenderamata dari rakyat Kelantan dan laungan "Hidup Tengku Ibrahim, Daulat Tuanku" bergema.
Dalam sidang DUN baru-baru ini, ketika menggulung perbahasan, Menteri Besar, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz menyokong cadangan agar peritiwa 'tabal raja' itu disiasat.
Beliau berkata, peristiwa tabal raja di hadapan orang ramai itu tidak sewajarnya berlaku.
"Raja di kalangan orang Melayu diangkat begitu tinggi sekali sehingga istana mempunyai bahasanya yang
tersendiri seperti gering, santap, beradu, bertitah, mencemar duli dan sebagainya.
"Jadi apa yang berlaku dengan menabalkan raja itu jelas mahu memperlekehkan institusi beraja yang ada sekarang," kata beliau dalam sidang DUN itu.
Menurut Wan Abdul Rahim, Jawatankuasa Terpilih yang ditubuhkan oleh DUN Kelantan itu bertanggungjawab menyiasat apa-apa yang dibangkitkan oleh ahli DUN.
Yahoo! FareChase - Search multiple travel sites in one click.
YAHOO! GROUPS LINKS
"Kita akan bincang di kalangan ahli terutama dari aspek undang-undangnya dan kalau perlu kita akan meminda pandangan Penasihat Undang-undang Negeri mengenainya," kata Wan Rahim.
Jawatankuasa ini juga, katanya, akan mengumpulkan maklumat mengenai peristiwa itu berdasarkan keratan akhbar, videonya dan lain-lain sebelum membuat sebarang rekomendasi kepada DUN sebelum apa-apa tindakan diambil.//Hrkh
Yahoo! FareChase - Search multiple travel sites in one click.
YAHOO! GROUPS LINKS
- Visit your group "perakan" on the web.
- To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
- Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.
- [perakan] Jawatankuasa Terpilih DUN Kelantan siasat perlantikan ra... perakan
- [perakan] Jawatankuasa Terpilih DUN Kelantan siasat perlantik... perakan