Pembangunan dan kemajuan Kelantan sering menjadi umpan dalam 
pilihanraya. Melayu menjadi inti cerita dan perjuangan Melayu menjadi 
teras kempen pilihanraya. Namun pembangunan harus di nilai dari 
pelbagai sudut dan bukan setakat bangunan pencakar langit yang tumbuh 
bagai cendawan - tapi malang bukan milik kita. Pembangunan bukan di 
mata tetapi ianya harus menyeluruh. 

Kalau pembangunan yang mahu di kecapi - laksanakan ! tidak perlu 
ianya menjadi bahan pengaut undi. Kalau kejayaan jelas nyata - tidak 
ada sesiapa pun akan menolak kerajaan Barisan Nasional di Malaysia 
malah di dunia sekali pun.

Hari ini Kelantan menyaksikan janji kedua - dua parti yang akan 
bertanding. Masing - masing menggunakan isu - isu hangat untuk 
mengaut undi. UMNO menjanjikan pembangunan dan PAS dengan landasan 
Islam mereka. Apa pun rakyat Kelantan akan menjadi penentu. 

Saya cuma berharap - pembangunan yang mahu dikecapi oleh UMNO dalam 
kempen mereka harus menyeluruh. Pembangunan yang mahu di capai harus 
memberi erti kepada rakyat Kelantan. Kita tidak mahu bangunan 
pencakar langit - sedap di pandang tapi sakit di hati.

Apa yang kita mahukan adalah erti pembangunan yang melibatkan 
kemudahan kepada rakyat. Kita mahukan kerajaan yang perihatin kepada 
kesusahan rakyat dan memberi rakyat peluang kedua dalam mengusahakan 
pembangunan mereka. 

Apa yang kita mahukan adalah keadilan kepada rakyat Kelantan - mereka 
berusaha dan mereka patut merasa. Kita bukan menuntut pembangunan 
fizikal semata - mata. Pembangunan yang akhirnya menyolok saku rakyat 
Kelantan.

Kita tidak mahu pembangunan yang mengurangkan nilai sebenar wang saku 
yang ada. 

Kita ertikan pembangunan yang mahu di bawa oleh UMNO. Kita mahu 
sekolah bukan untuk kita dibebankan membayarnya. Kita mahu jalan 
bukan untuk rakus mengenakan tol, kita mahu perubatan bukan untuk 
dibayar tinggi kos nya. 

Apa lah erti pembangunan kalau semuanya harus ditanggung oleh rakyat 
Kelantan. Apa erti pembangunan kalau rakyat Kelantan masih bersulam 
dengan kemiskinan. 

Pembangunan bukan ciptaan yang memaksa kita membayar dengan kadar 
mahal - jangan pembangunan menjadi buah kepada keseksaan yang bakal 
di terima - atas nama pembangunan.//umno-reform
     







------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Get fast access to your favorite Yahoo! Groups. Make Yahoo! your home page
http://us.click.yahoo.com/dpRU5A/wUILAA/yQLSAA/ZP59lB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/perakan/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 



Kirim email ke