Pengkalan Pasir: (23 Nov) Penulis buku politik veteran negara, Syed 
Hussein Alattas telah memecah rekod kebebasannya sendiri apabila 
beliau telah menggunakan pentas Pas untuk menyalurkan kebebasan 
pemikirannya.

Syed Hussein, 63 yang dikenali dengan penulis pro Umno sejak lebih 30 
tahun lalu telah berceramah untuk Pas bersempena perlancaran Kelab 
Belia Pasir Mas di dewan majlis Perbandaran Pasir Mas malam tadi 
bersama Husam Musa, Exco Kerajaan Kelantan.

Sebelum ini Syed Hussein tidak pernah memanjat pentas Pas walaupun 
beliau sering menunjukkan sikap mengkritik Pas yang tidak konsisten.

Pada dua pilihan raya umum lalu, beliau yang juga ahli jawatankuasa 
penerangan Umno Malaysia, berceramah aktif untuk Barisan Nasional 
(BN) terutamanya di kawasan Dr. Mahathir Mohamad.

Semasa pilihan raya kecil Lunas, beliau telah menyumbangkan buku-buku 
lamanya kepada pos-pos Umno sebagai bahan kempen dan bergerak secara 
senyap bagi memastikan kemenangan calon BN di pilihan raya itu.

Langkah yang diambil oleh Syed Hussein itu sudah tentu memberi 
pukulan kepada Barisan Nasional dan ia mengejutkan banyak pemimpin 
Umno Kelantan.

Antara alasan yang diberikan Syed Hussein kenapa beliau berubah angin 
kini ialah kerana beliau memilih Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat 
(Menteri Besar) sebagai `saiful' apabila parti dokongannya itu tidak 
mempedulikan nasib para penulis politik.

"Saya kesal dengan Umno yang kita naikkan tetapi nasib kita tidak 
dipedulikan. Di perhimpunan agung Umno kita dilayan macam pendatang 
haram, nak jual buku pun tidak boleh," kata Syed Hussein. 

Beliau mengingatkan Umno agar tidak menjadikannya sebagai paku buruk, 
kerana kalau terpijak nanti buruk padahnya.

Katanya, beliau sudah letih dengan perangai Umno, jadi eloklah kita 
bersama Pas pula. Mengulas mengenai kehebatan kepimpinan Tok Guru Nik 
Aziz, beliau juga yang dikenali dengan Pak Belalang, berkata, 
Mahathir setakat buat Putrajaya, tetapi Nik Aziz buat Islam.

Kira-kira 500 para penyokong beliau hadir pada majlis tersebut.Syed 
Hussein dijangka akan terus berkempen untuk Pas selepas penamaan 
calon akan datang.//malaysia-today






------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Get fast access to your favorite Yahoo! Groups. Make Yahoo! your home page
http://us.click.yahoo.com/dpRU5A/wUILAA/yQLSAA/ZP59lB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/perakan/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 



Kirim email ke