KUALA LUMPUR, 24 Nov - Pengundi-pengundi di DUN Pengkalan Pasir yang bertugas di sekitar Lembah Klang diminta mendaftar segera bagi memudahkan penyediaan kenderaan yang akan bertolak ke Kelantan untuk membolehkan mereka menunaikan tanggungjawab sebagai pemilih.
Setiausaha Dewan Pemuda PAS Selangor, Azri Mohamad Arish berharap, semua pengundi yang bertugas di Lembah Klang perlu pulang ke kampung sebagai memenuhi tanggungjawab mereka. "PAS Kawasan Shah Alam menyediakan kereta sebanyak 20 kereta manakala kawasan Puchong, Klang bersedia dengan beberapa kenderaan serta pemandu yang akan bertolak pada pagi 5 Disember ini," katanya di sini. Beliau berkata, selepas hari penamaan calon pada 27 November ini Dewan Pemuda PAS Selangor juga akan menggantung kain rentang di beberapa lokasi termasuk di Shah Alam dan Puchong bagi memaklum hotline yang perlu dihubungi pengundi yang berada di Selangor dan Kuala Lumpur. Selain itu, menurut beliau, orang ramai yang tinggal di sekitar Lembah Klang juga berpeluang mendengar ceramah yang akan disampaikan Naib Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu berhubung pilihan raya kecil DUN Pengkalan Pasir, di Dewan Dato' Fadzil Noor, Taman Melewar pada malam 25 November ini. Beliau berkata, ceramah itu juga akan diadakan secara langsung dari Kelantan. Turut berceramah pada malam itu, Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor, Ustaz Ramli Sidom serta timbalannya, Ustaz Kamal Ashaari. Katanya, pada malam itu kaunter pendaftaran disediakan bagi membantu pengundi-pengundi yang bertugas di Lembah Klang untuk pulang ke kampung. "Peluang keemasan ini perlu di ambil oleh pengundi-pengundi Pengkalan Pasir yang tinggal dan bekerja di Selangor dan Kuala Lumpur supaya dapat pulang untuk mengundi tanpa membayar tambang kereta," katanya. Mereka yang berminat boleh menghubungi talian 03-55134180 khusus untuk pengundi-pengundi Pengkalan Pasir bagi mendapatkan perkhidmatan percuma untuk pulang pengundi pada 6 Disember ini.//Hrkh ------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> AIDS in India: A "lurking bomb." Click and help stop AIDS now. http://us.click.yahoo.com/VpTY2A/lzNLAA/yQLSAA/ZP59lB/TM --------------------------------------------------------------------~-> Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/perakan/ <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/