SAYA menunaikan fardu haji pada 2005. Berdasarkan pengalaman, saya 
mencadangkan kepada Tabung Haji supaya mengadakan penerbangan terus 
dari Pengkalan Chepa ke Jeddah atau Madinah. Ini kerana pesawat besar 
boleh turun di lapangan terbang Pengkalan Chepa.

Jika di Senai, Pulau Pinang, Kota Kinabalu dan Kuching boleh, kenapa 
di Pengkalan Chepa tidak boleh?

Keadaan sekarang memenatkan kerana jemaah perlu naik kapal terbang ke 
KLIA kemudian ke Kelana Jaya. Kemudian tunggu untuk naik bas di 
Kelana Jaya bertolak ke KLIA pula. Jemaah hendak ke Mekah, bukan 
hendak ke Kelana Jaya.

Kalau terbang terus, beg tidak diangkat beberapa kali dan tidak 
penat. Apabila balik beg terus dapat di Pengkalan Chepa. Sekarang 
jemaah sampai di Pengkalan Chepa tanpa beg yang sampai dua hari 
kemudian.

Setidak-tidak buatlah macam Kedah, iaitu jemaah naik pesawat di Alor 
Star, pergi ke KLIA untuk tukar kapal terbang kemudian terus ke 
Jeddah.

- JEMAAH 1426H,

Kota Bharu.

//UM 9 Jun






------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Everything you need is one click away.  Make Yahoo! your home page now.
http://us.click.yahoo.com/AHchtC/4FxNAA/yQLSAA/ZP59lB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/perakan/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke