KOTA BHARU 25 Jun - Kerajaan Pas Kelantan yang semakin memperlihatkan sikap keterbukaannya, membenarkan stesen penyiaran TV3 menganjurkan program Jomheboh! di negeri ini.
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan negeri, Takiyuddin Hassan menegaskan program itu dibenarkan dengan beberapa pengubahsuaian agar ia tidak bercanggah dengan dasar kerajaan negeri. Katanya, perbincangan dengan pihak TV3 kini di peringkat akhir dan beliau tidak menolak kemungkinan ia akan diadakan bagi memeriahkan sambutan ulang tahun pertama pengisytiharan Kota Bharu sebagai Bandar Raya Islam, Oktober depan. ``Pendirian kerajaan negeri itu dibuat seiring dengan perubahan masa dan keadaan," katanya sambil merujuk kepada permainan snuker yang kini dibenarkan semula berdasarkan peraturan-peraturan baru `atas nama sukan'. Beliau menyatakan demikian ketika ditemui pemberita pada persidangan Dewan Undangan Negeri di Kota Darulnaim di sini hari ini. Takiyuddin menjelaskan, selama ini TV3 tidak pernah memohon secara rasmi untuk menganjurkan program yang diadakan di kesemua negeri sejak lima tahun lalu itu. "Jadi, kita ambil langkah lebih awal (menyatakan kesediaan) tetapi ia bergantung kepada pengubahsuaian atau pengisian yang berbeza berbanding negeri-negeri lain. "Kita tidak menolak pendekatan yang diambil oleh Terengganu yang menggunakan nama lain (Perkampungan Hadhari). "Ia boleh diisi dengan beberapa kegiatan baru seperti pertandingan syarahan, selain pameran agensi kerajaan, swasta, promosi jualan dan hiburan,'' katanya.//UM ------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> Yahoo! Groups gets a make over. See the new email design. http://us.click.yahoo.com/XISQkA/lOaOAA/yQLSAA/ZP59lB/TM --------------------------------------------------------------------~-> Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/perakan/ <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/
