JELI, 23 Julai - Mulai bulan ini, seramai 1,125 penduduk miskin akan 
menerima bantuan bulanan sebanyak RM200 setiap seorang daripada 
kerajaan negeri.

Seramai 25 orang dari setiap Dewan Undangan Negeri (Dun) menerima 
bantuan itu yang kini diadakan di setiap kawasan Parlimen. Ia adalah 
hasil kejayaan projek pembangunan Ladang Rakyat seluas 8,000 ekar 
yang dijalankan sekarang.

Timbalan Menteri Besar, Dato' Ahmad Yakob berkata, penduduk miskin 
menerima sijil dan dividen bagi fasa pertama.

"Ladang Rakyat dicadang diperluaskan secara berperingkat bagi 
mencapai sasaran keluasan 50,000  hektar untuk membolehkan lebih 
ramai lagi rakyat miskin mendapat faedahnya.

"Dengan keluasan itu adalah dijangka mampu mencapai sasaran bantuan 
kepada 100 penduduk miskin dari setiap Dun atau 4,500 orang miskin 
dari seluruh Kelantan.


"Malah, program yang dijalankan ini merupakan satu-satunya terdapat 
di Malaysia diperkenalkan bagi membantu rakyat miskin," katanya pada 
majlis penyampaian dividen dan sijil peserta Ladang Rakyat bagi 
peringkat Parlimen Jeli di sini, 20 Julai lalu.

Beliau juga berkata, mereka yang mendapat dividen Ladang Rakyat tidak 
diberi hak ke atas ladang tersebut, sebaliknya sebagai pemilikan 
saham dalam tempoh yang ditetapkan. 

Selain itu, katanya pembangunan Ladang Rakyat juga dijalankan 
bertujuan menyelesaikan masalah penerokaan tanah secara haram di 
kalangan penduduk sebelum ini.

"Kerajaan komited untuk menyelesaikan permohonan tanah rakyat yang 
berskala kecil. Bagaimanapun ia mengambil sedikit masa untuk 
diselesaikan. Oleh itu diharap rakyat bersabar," katanya. 

Menurutnya juga kerajaan negeri mewartakan kawasan seluas 629,680 
hektar sebagai hutan simpan kekal di seluruh Kelantan yang diurus 
secara sistematik.

Penyelia Dun Air Lanas, Ustaz Abdullah Yaakob berkata, peserta yang 
terpilih perlu bersyukur kerana dipilih menyertai program tersebut 
dan menerima dividen secara bulanan sebanyak RM200 tanpa perlu 
melakukan apa-apa kerja.

Turut hadir pada majlis itu, Pengarah Eksekutif Ladang Rakyat, Dr 
Nazmi Ghazali Azmi, Penyelia Parlimen Jeli, Haji Apandi Mohamad, 
Penyelia Dun Kuala Balah, Haji Mat Rasid Mat Jaais, Penyelia Dun 
Bukit Bunga, Haji Sufely Abdul Razak dan Ketua Jajahan Jeli, Haji 
Serpudin Mohamad.

Sementara itu pada majlis serupa di KOTA BHARU, Timbalan Menteri 
Besar berkata, projek Ladang Rakyat juga mampu menyediakan peluang 
pekerjaan kepada peserta yang tidak menghadapi masalah kesihatan. 

"Dengan ini, dividen bulanan pun dapat dan gaji hasil bekerja di 
ladang tersebut juga akan diperolehi," ujarnya pada majlis 
penyampaian sijil dan cek dividen saham peserta Pembangunan Ladang 
Rakyat, di Dewan Jubli Perak, Padang Perdana, di sini, Khamis lalu.

Menurutnya, program tersebut dilaksanakan untuk membantu meringankan 
bebanan penduduk miskin di negeri ini tanpa mengira fahaman politik.

"Sebab itu tuan-tuan mungkin akan berasa pelik, bila masanya  melabur 
dalam saham tiba-tiba pula mendapat sijil dan dividen. Inilah tugas 
kerajaan negeri, bukan mengambil hak rakyat, sebaliknya kita membantu 
rakyat," ujarnya.

Anggota Exco Kerajaan Negeri, Dato' Annuar Tan Abdullah, berkata 
Ladang Rakyat diwujudkan selepas rakyat memberi mandat kepada 
kerajaan PAS pada pilihan raya umum lalu.

Katanya, sebagai usaha membela nasib rakyat di negeri ini khususnya 
yang berpendapatan rendah, kerajaan negeri melaksanakan selepas idea 
mengenainya dibincang sebelum pilihan raya 2004.

Pada pengagihan dividen di peringkat Parlimen Kota Bharu seramai 75 
orang dari tiga Dun, iaitu Kota Lama, Tanjung Mas dan Bunut Payong 
menerima bantuan tersebut.//Hrkh

 






------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
See what's inside the new Yahoo! Groups email.
http://us.click.yahoo.com/2pRQfA/bOaOAA/yQLSAA/ZP59lB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/perakan/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 



Kirim email ke