KOTA BHARU: Pengalaman menempuh tsunami yang memusnahkan tanah air 
dan meragut nyawa ibu bapa mereka yang dilakarkan menerusi 50 keping 
lukisan oleh anak yatim Aceh akan dipamerkan di Muzium Kelantan, 
mulai Ahad ini.

Pameran bertemakan `Through the Eyes of the Child' sehingga 8 Ogos 
itu membolehkan orang ramai menyelami pengalaman dan kesengsaraan 
yang ditempuh kanak-kanak yang melukisnya yang kini yatim piatu 
angkara bencana alam itu.

Pengarah Islamic Relief Malaysia Bhd (IRMB), Abdel Salam, berkata 
pameran itu dianjurkan pihaknya dengan kerjasama Perbadanan Muzium 
Kelantan dan dibuka kepada orang ramai mulai jam 9.45 pagi hingga 
4.45 petang.

Katanya, pameran lukisan tsunami ini adalah yang ketiga dianjurkan 
setakat ini selepas penganjuran di dewan Muzium Sultan Alam Shah, 
Selangor dengan kerjasama Muzium Shah Alam pada 9 sehingga 14 Mei 
lalu.

"Pameran kedua lukisan kanak-kanak mangsa tsunami itu berlangsung di 
Auditorium Pustaka Negeri Sarawak pada 13 hingga 15 Jun lalu dengan 
kerjasama Pustaka Negeri Sarawak.

"IRMB sebagai sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berharap orang 
ramai akan tampil melihat sendiri pameran lukisan pertama yang 
dihasilkan oleh anak-anak yatim mangsa bencana alam itu," katanya.

Beliau berkata, IRMB akan mengadakan itu bagi membolehkan orang ramai 
berkongsi pengalaman dan kesengsaraan kanak-kanak yatim itu selain 
menyelami isi hati mereka melalui paparan lukisan yang 
dihasilkan.//BHarian 







 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/perakan/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 



Kirim email ke