Kota Darul Naim - Majlis Ramah Mesra Pimpinan Kerajaan Negeri bersama 
anak Kelantan Perantauan yang diadakan di Kota Darul Naim baru-baru 
ini dihadiri oleh lebih dari 2000 orang. Majlis tersebut dirasmikan 
oleh Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat. 
Turut hadir, Speaker Dun Kelantan, Dato' Wan Rahim Wan Abdullah, 
anggota-anggota Exco, wakil-wakil rakyat dan Penyelia Dun serta 
Parlimen.

Dalam majlis tersebut, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat 
mengulangi pendiriannya untuk tidak memohon maaf kepada kerajaan 
Pusat biar pun telah membebaskan anaknya Nik Adli daripada tahanan di 
Kem Kamunting.

"Saya hanya meminta maaf kepada mereka yang menjaga agama Islam. 
Undang-undang ISA ternyata bertentangan dengan ajaran Islam dan ia 
cukup zalim," ujarnya pada majlis Mesra Pimpinan Kerajaan Negeri 
dengan Persatuan Anak Kelantan di Perantauan (Perakan), di Kota Darul 
Naim, baru-baru ini.

Nik Adli bersama 10 lagi dibebas pada 18 Oktober lalu selepas ditahan 
mengikut Seksyen 73(1) ISA di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan 
pada 4 Ogos 2001 dipercayai mempunyai kaitan dengan Kumpulan Militan 
Malaysia (KMM).

Menteri Besar Kelantan juga menyifatkan negeri-negeri yang menghalang 
tazkirah diadakan sewaktu solat tarawih pada Ramadan lalu tidak ubah 
seperti sistem Komunis.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz berkata, negeri-negeri yang menghalang 
tazkirah tersebut secara tidak langsung cuba menyekat kesuburan Islam 
daripada terus tersebar.

"Kita di Kelantan, tiada sekatan nak sampaikan tazkirah ke, kuliah 
ke, semua dibenarkan bagi menyuburkan lagi agama Islam di negeri 
ini," katanya.

Kata beliau dengan adanya peringatan seperti tazkirah membolehkan 
manusia sedar dan tidak melakukan perkara-perkara yang bertentangan 
dengan agama.

Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pendidikan, Sains dan Teknologi, 
Ustaz Mohd Amar Abdullah berkata, anak-anak Kelantan di luar negeri 
boleh menjadi duta kecil kepada kerajaan negeri bagi menerangkan 
perkembangan yang berlaku di Kelantan.

Sementara itu, Presiden Perakan, Che Ariffin Che Mahmood berkata, 
Perakan telah menjelajah ke seluruh negeri di Malaysia bersama 
pimpinan kerajaan negeri dan berdialog dengan anak-anak perantau.

Tambahnya, usaha yang dilakukan itu secara jelas menggambarkan 
kerajaan negeri sentiasa mengambil berat masalah yang dihadapi anak-
anak Kelantan yang berada di perantauan. 






 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/perakan/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/perakan/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    mailto:[EMAIL PROTECTED] 
    mailto:[EMAIL PROTECTED]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 

Kirim email ke