KOTA BHARU 5 Nov Keyakinan terhadap kuasa beli penduduk Kelantan
menyebabkan The Swatch Group (Malaysia) Sdn. Bhd., baru-baru ini
membuka sebuah butik jam mewah jenama Rado di Hotel Renaissance Kota
Bharu di sini.
Pengurus Besar kumpulan itu, Bernard Yong berkata, apa yang perlu
dibanggakan oleh penduduk negeri ini ialah ia merupakan butik Rado
pertama di Malaysia.
``Ini sekali gus meletakkan negeri Cik Siti Wan Kembang dalam senarai
lokasi penting butik pembuat jam dari Switzerland di rantau Asia
Tenggara," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, hari ini.
Beliau berkata, pembukaan butik itu adalah berasaskan kajian
terperinci pihaknya serta keyakinan terhadap minat pelanggan di sini.
Katanya, butik berkenaan menyediakan pilihan pelbagai jam mewah
berharga antara RM3,000 hingga RM10,000.
``Saya yakin jenama Rado akan mendapat sambutan di Kelantan berikutan
kuasa beli penduduk yang tinggi khususnya di kalangan peniaga,"
katanya.
Menurut beliau, Rado kini menduduki tempat ketiga dalam kategori jam
mewah bernilai antara RM3,000 hingga RM6,000 selepas Omega dan
Longiness.
``Ini berikutan keupayaannya menawarkan kualiti pembuatan jam pada
harga amat kompetetif," ujarnya.
Tambah beliau, dengan pelaburan kira-kira RM200,000, pihaknya yakin
butik di Kelantan akan menghasilkan keuntungan sebelum lebih banyak
butik sama dibuka di seluruh Malaysia.
Difahamkan, selain Rado, lebih banyak syarikat menjual barangan
berjenama berminat membuka cawangan di Kelantan khususnya di Kota
Bharu berikutan kuasa beli penduduk yang tinggi termasuk pengedar
kereta mewah Mercedes Benz.//Utusan
Yahoo! Groups Links
<*> To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/perakan/
<*> Your email settings:
Individual Email | Traditional
<*> To change settings online go to:
http://groups.yahoo.com/group/perakan/join
(Yahoo! ID required)
<*> To change settings via email:
mailto:[EMAIL PROTECTED]
mailto:[EMAIL PROTECTED]
<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
http://docs.yahoo.com/info/terms/