mana sumbernya tak pasti, tak dinafikan kajian rambang Kelantan juga 
tak terkecuali dari rakyat yg miskin termasuk yg tegar

pasal zakat tu rasanya perakan selalu bagi galakan supaya bayar zakat 
dikelantan terutama zakat fitrah cuma mungkin tidak secara menyeluruh

molek sungguh kalu pakat2 baya zakat dikelantan

--- In perakan@yahoogroups.com, "Syed" <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
>
> Hok kawe highlight kuning kat bawah ni betul ke? Kalu betul kita 
sebagai
> anak kelantan perantauan kena buat sesuatu. Kawe cadangkan anak2 
kelate ni
> kalu nak bayar zakat (bukan saja zakat fitrah) kita pakat bayar kat 
kelate.
> Lagu mano buleh ko?
> 
>  
> 
> Petikan :
> 
> Annuar yang juga anggota Dewan Undangan Negeri Kok Lanas berkata 
> masalah sosial turut membimbangkan apabila kadar kemiskinan 
mencecah 
> 18,000 keluarga dengan 12,000 keluarga adalah dalam kemiskinan 
tegar.
> 
> 
> 
>   _____  
> 
> From: perakan@yahoogroups.com [mailto:[EMAIL PROTECTED] On 
Behalf Of
> abuhafizd
> Sent: Monday, November 06, 2006 9:04 AM
> To: perakan@yahoogroups.com
> Subject: [perakan] Umno Kelantan Mulakan Kempen Wujud "Kelantan 
Baru"
> 
>  
> 
> KOTA BAHARU, 4 Nov -- Umno Kelantan, walaupun kini berfungsi 
sebagai 
> pembangkang, telah pun memulakan perancangan 10 tahun "Kelantan 
Baru" 
> 2015 yang akan membolehkannya setanding dengan negeri maju yang 
lain 
> seperti Selangor, Johor, Perak dan Pulau Pinang, kata Pengerusi 
Badan 
> Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Annuar Musa.
> 
> "Antara ciri Kelantan Baru yang kami impikan ialah mempunyai 
> rangkaian jalan dan lebuh raya yang elok, ekonomi masyarakat kukuh 
> dan masalah sosial tidak berlaku," katanya ketika berucap pada 
> perasmian Tour De NFC FESPIC, KL'06 di sini, hari Sabtu.
> 
> Kira-kira 3,000 peserta mengambil bahagian dalam program itu yang 
> dianjurkan Jabatan Belia dan Sukan Kelantan di Komplek Sukan Negeri 
> di sini.
> 
> Annuar berkata kini Kelantan berada pada tahap yang membimbangkan 
> dengan kadar kemiskinan tinggi, pendapatan per kapita rendah dan 
> masalah ekonomi yang ketara.
> 
> Dari segi fizikal pula, katanya, ia membimbangkan banyak pihak 
dengan 
> kesesakan lalu lintas yang ketara, hubungan dengan dunia luar 
terhad 
> dan sistem rangkaian selular yang tidak meluas.
> 
> "Kami rancang pembangunan 10 tahun pertama melibatkan pembinaan 
> rangkaian jalan raya timur-barat, Kota Baharu-Kuala Krai dan Gua 
> Musang serta Jalan Jeli-Jelawang dan Gua Musang.
> 
> "Kami juga merancang pembinaan lapangan terbang antarabangsa dan 
> perkhidmatan telefon selular ke seluruh pelosok negeri," katanya.
> 
> Annuar yang juga anggota Dewan Undangan Negeri Kok Lanas berkata 
> masalah sosial turut membimbangkan apabila kadar kemiskinan 
mencecah 
> 18,000 keluarga dengan 12,000 keluarga adalah dalam kemiskinan 
tegar.
> 
> "Masalah sosial, sumber pekerjaan yang terhad, pengangguran yang 
> tinggi dan lepasan Pusat Pengajian Tinggi yang ramai tapi 
menganggur 
> kerana kurangnya peluang pekerjaan ditawarkan di Kelantan, 
> membimbangkan kita semua termasuk ibu bapa," katanya.
> 
> Beliau berkata Umno merangka pelan pembangunan yang seiring dengan 
> pembangunan fizikal agar Kelantan berada "duduk sama rendah dan 
> berdiri sama tinggi" dengan negeri lain.//Bernama
>






 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/perakan/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/perakan/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    mailto:[EMAIL PROTECTED] 
    mailto:[EMAIL PROTECTED]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 

Kirim email ke