Bajet 2007 Kelantan bertemakan 'Belanjawan Sejahtera'
   
   
    KOTA BHARU, 14 Nov.: Kerajaan Negeri Kelantan mengemukakan Belanjawan 2007 
bertemakan 'Belanjawan Sejahtera' yang memberi fokus kepada tiga kerangka utama.
          
Pengerusi Jawatankuasa Pentadbiran Awam, Perancangan Ekonomi, Kewangan dan 
Pembangunan Masyarakat, Dato' Husam Musa.
  
Semasa mengemukakan Belanjawan Sejahtera kerajaan berkata Keupayaan kerajaan 
kini semakin terserlah biar pun sering 'dianaktiri' oleh kerajaan Pusat, 
apabila berupaya meningkatkan anggaran jumlah hasil bagi tahun depan kepada 
RM427.48 juta.

Anggaran itu bertambah berbanding anggaran hasil tahun ini, iaitu sebanyak 
RM336.67 juta.

Selain itu kerajaan negeri juga berjaya mengurangkan defisit perbelanjaan 
kepada RM20.74 juta bagi tahun 2007 berbanding RM26.64 juta tahun ini.

Anggaran belanjawan yang dibentangkan kerajaan negeri bagi tahun depan pada 
persidangan Dewan Undangan Negeri hari ini berjumlah RM448.22 juta.

Teks ucapan belanjawan setebal 37 muka surat itu sepatutnya dibentang Menteri 
Besar, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat dibacakan oleh Pengerusi 
Jawatankuasa Pentadbiran Awam, Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Pembangunan 
Masyarakat, Dato' Husam Musa.


Pertama meneruskan usaha-usaha meningkatkan kualiti hidup setiap lapisan 
masyarakat menerusi pendekatan pembangunan sosial yang seimbang dan menyeluruh 
dengan memberi tumpuan kepada kebajikan anak yatim, armalah, wanita, orang 
bukan Islam, Orang Asli, aktiviti belia.

Subsidi baja padi, rumah awam kos rendah, bantuan kesihatan rakyat, orang 
kurang upaya dan pengidap penyakit kronik. 

Kedua, menambah peruntukan kepada sektor pertanian bagi mencapai matlamat 
Kelantan sebagai Jelapang Makanan dengan mengaktifkan pembangunan pertanian dan 
pemulihan tanah-tanah terbiar.

Ketiga, meningkatkan pembangunan sumber manusia, latihan belia, wanita, serta 
pengekalan alam sekitar. 

Strateginya pula meneruskan pembangunan berimbang di antara fizikal dan rohani, 
memacu pertumbuhan ekonomi, memupuk komitmen masyarakat dengan menyuburkan 
suasana muhibah, meningkatkan urustadbir, kecekapan pengurusan dana, daya saing 
industri kecil dan sederhana dan pengukuhan sistem pendidikan Islam.

Menteri Besar berkata, anggaran hasil 2007 meliputi hasil cukai sebanyak 
RM88.94 juta, hasil bukan cukai (RM187.63 juta) dan terimaan bukan hasil 
(RM150.9 juta).

"Ini bermakna berlaku peningkatan hasil sebanyak RM90.8 juta atau pun sebanyak 
26.97 peratus berbanding dengan anggaran hasil tahun 2006 berjumlah RM336.67 
juta," katanya.

Hasil tanah akan menyumbang sebanyak RM133.9 juta atau 31.32 peratus, 
perhutanan (RM102 juta - 23.86 peratus), terimaan dari lain-lain (RM99.47 
juta), terimaan dari agensi kerajaan (RM70.5 juta), rumah awam kos rendah 
(RM10.5 juta), hasil air (RM5.7 juta) dan pelaburan (RM5.36 juta).

Anggaran bagi perbelanjaan mengurus meningkat sebanyak RM84.90 juta berbanding 
tahun 2006, di mana daripada jumlah tersebut sebanyak RM109.6 juta bagi 
emolumen, RM233.99 juta - pemberian dan kenaan bayaran tetap, RM72.75 juta - 
perkhidmatan dan bekalan, RM28.72 juta - aset dan RM3.13 juta - lain-lain 
perbelanjaan.

   


 Send instant messages to your online friends http://uk.messenger.yahoo.com 

Kirim email ke