Perakan Anjur Rumah Terbuka Syawal di UIA Gombak Kuala Lumpur, 15 November - Persatuan Anak Kelantan Perantauan (Perakan) akan menganjurkan Rumah Terbuka Syawal Perakan di Auditorium A, Kulliyah Eng. Block Gamma, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Gombak pada 19 November 2006 ini (Ahad) jam 12.00 tgh. Pengerusi Penaja Perakan, Haji Ariffin Mahmood berkata majlis tersebut dijangka akan dihadiri oleh beberapa kepimpinan utama Kerajaan Negeri Kelantan sebagai tetamu kehormat termasuk Timbalan Menteri Besar, ahli EXCO serta pegawai-pegawai kerajaan negeri. Menurut Haji Ariffin, selain menikmati hidangan dari pelbagai jenis masakan ala Kelantan, tetamu juga akan berpeluang untuk berbincang dengan Kepimpinan Kerajaan Negeri Kelantan dalam program bicara semasa. Dalam sesi ini mereka yang hadir akan mengetahui perkembangan semasa negeri Kelantan terutama isu-isu yang dibangkitkan semasa persidangan DUN Kelantan yang sedang berlangsung sekarang. Sehubungan itu beliau mengharapkan orang ramai terutama anak Kelantan perantauan yang tinggal berdekatan dapat meluangkan masa untuk hadir dan bersama-sama dalam majlis tersebut. Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut sila hubungi En Ali Hanafiah di talian 012-3268027 atau Ir Hamzah 012-3195435.
--------------------------------- Sponsored Link Mortgage rates near historic lows - Refi $200k loan for only $660/ month - Click now for info
