PASIR MAS 16 Nov. – Hasrat seorang bapa untuk melihat keputusan Ujian 
Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) anak ketiganya tidak kesampaian 
apabila beliau terbunuh selepas kereta yang dipandunya terbabas dalam 
kemalangan di Kampung Telaga Emas, Lubok Stol, Rantau Panjang di 
sini, hari ini.

Dalam kejadian pukul 7 pagi itu, mangsa, Sarjan Yahmin Wahsi, 41, 
penolong pegawai penyiasat narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) 
Jeli mati di tempat kejadian.

Dua anak mangsa, Siti Amalia Aina, 12, yang merupakan murid Sekolah 
Kebangsaan Jeli I cedera ringan manakala adiknya, Siti Hanis Nasuha, 
6, yang dirawat di Hospital Lati dekat sini sebelum dirujukkan ke 
Hospital Raja Perempuan Zainab II Kota Bharu.

Bapa kepada lima orang anak itu turut membawa bersama Siti Hanis 
Nasuha untuk meraikan majlis graduasi kanak-kanak itu di Tadika 
Perpaduan di kawasan kuarters IPD Jeli.

Dalam keputusan UPSR hari ini, Siti Amalia mendapat 2A dan 3B.//Utusan



Kirim email ke