TUMPAT: "Sehari sebelum kemalangan, arwah menyuarakan niatnya 
mengikuti kursus jenazah bagi tabung khairat kematian di taman 
perumahan tempat tinggal kami," kata kata Mohd Haris Husin, 41. 

Mohd Haris adalah bapa Fatin Najihah, 12, yang terbunuh selepas 
dilanggar lori di hadapan Sekolah Menengah (SM) Maahad Muhamadi, 
Pasir Pekan, dekat sini, kelmarin. 

Menurutnya, permintaan Fatin itu membuatkan dia terkejut kerana 
walaupun usia masih terlalu muda, sudah berminat untuk menghadiri 
aktiviti sedemikian.

Bagaimanapun, katanya, apabila apabila ditanya mengenai hasratnya 
itu, Fatin mahu membatalkan rancangannya itu tanpa sebab.

Menurutnya, arwah anaknya itu juga berkelakuan ganjil apabila begitu 
baik dan mesra dengan kakaknya, Fadlin Shakina, 14, dan adik, Mohd 
Haikal, 6.

Katanya, sikap Fatin itu tidak dipandang serius.

Mohd Haris berkata, cuma yang menghairankannya adalah niat arwah mahu 
mengikuti kursus pengurusan jenazah kerana rakan seusianya pasti 
tidak terlintas hendak berbuat demikian.

"Cuma, saya agak terkilan kerana hasratnya mengikuti kelas Bahasa 
Arab tidak tercapai," katanya di rumahnya, di Kampung Kutan, dekat 
sini, semalam. 

Fatin dipercayai dilanggar lori ketika dalam perjalanan pulang 
selepas mengikuti kursus intensif Bahasa Arab di sekolahnya, jam 
11.40 pagi. 

Kanak-kanak itu parah di kepala disahkan meninggal dunia selepas 
dikejarkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II).

Mohd Haris yang juga pensyarah di Universiti Tun Abdul Razak, Kota 
Bharu, mengucapkan terima kasih kepada pihak yang membantu menghantar 
anaknya ke hospital selepas dilanggar lori. //HMetro

Kirim email ke