Ya, betul dan saya sokong usul ini. Saya syorkan agar Kerajaan Negeri kelantan melalui MPKB-BRI teruskan usaha murni ini dengan mengambil pengalaman yg 15 tahun lepas. Apabila Kerajaan Pas memerintah macam-macam ada tohmahan. Akhirnya mereka (pusat) juga yang telan balik tohmahan itu semua. Contoh Cuti 2 hari, bersalin, pajak gadai Islam dan mcm-mcm lagi. Jadi insyaAllah saya akan cuba sampaikan kepada yg dok berdengung lg tu..... Takdop masa dah nak berlembut dalam bab ini hampir 50 tahun doh merdeka.
Saya harap pihak MPKB-BRI akan terus memantau apabila ianya telah berkuatkuasa kerana takut nanti bila sudah lama ianya akan kembali kepada asal, Wallahua'lam. Mengenai pandangan Presiden Caucus, ianya adalah melanggar hak wanita. Memang betul itu hak wanita tapi saya nak bg satu contoh seperti kita semua (terutama Islam) Allah bagi semua apa yang kamu nak tapi yang menunggu kelak adalah balasan yg amat pedih. Saya pun kalau nak diikutkan hak, saya nak pakai seluar pendek aje walau kemana pergi dan isteri saya takpayah pakai tudung dan pakai 'short' aje juga. Peduli apa orang nak kata kerana itu adalah hak kami tapi itu hak dunia. Cuba kita fikir hak selepas kita mati iaitu Hak Akhirat (kalu percaya ada hari akhirat), apa yang kita akan dapat dengan hak dunia yang dipertahankan itu. Adakah selaras dgn arahan AlQuran dan Hadith atau Perlembagaan Hadhari. Fikirlah sendiri dengan fikiran yang waras dan keislaman. --- In perakan@yahoogroups.com, abu hafizd <[EMAIL PROTECTED]> wrote: > > Biarkan Kelantan dengan Islamnya > > Kata Menteri Pembangunan Wanita, Shahrizat Jalil dalam THE STAR hari ini wanita di Kelantan akan menentang langkah MPKB-BI menguatkuasakan kod pakaian untuk jurujual, pelayan dan peniaga di Kelantan. Kata beliau lagi: > > It is so disrespectful to the women there > (Ianya amat tidak menghormati wanita di sana) > > Siapa yang tidak menghormati siapa? Siapa yang serius mahu melaksanakan Islam dan siapa yang berlakun dan mempermainkan syariat Allah? > > Saya sertakan di bawah gambar Shahrizat ketika beliau mengunjungi Iran baru-baru ini. Gambar menunjukkan beliau bersama Pengarah Pusat Hal Ehwal Keluarga dan Wanita Republik Islam Iran, Puan Zohreh Nouri. > > > > Mengapa Shahrizat berpakaian demikian? Baiklah ia majlis rasmi, tetapi mengapa perlu berpakian demikian? Ini bukan pakaian biasa Shahrizat, mengapa perlu berpura-pura? > > Jawabnya kerana di Iran ada dress code yang perlu dipatuhi, apakah Republik Islam Iran disrespectful towards their women? Mereka ada Vice President wanita, Malaysia ada Timbalan Perdana Menteri Wanita? > > Di Kelantan kedua-dua Senator atau ahli Dewan Negara yang dilantik oleh kerajaan negeri mewakili Kelantan di Senat adalah wanita (diwaktu Umno perintah tak pernah begitu)(seorang peguam macam Shahrizat juga), Kelantan ada ADUN wanita, Kelantan buat pertama kalinya hari ini ada Penghulu-penghulu wanita, and who are you to tell the Kelantanese that they are disrespectful towards their women?! > > Apa yang mahu diperkenalkan adalah peraturan yang pada perkiraan kerajaan negeri akan dapat mengawal warga negerinya, mempertahankan keselamatan dan maruah mereka, adakah itu menganggu sangat Shahrizat? > > Terus-terang sejak kerajaan PAS memerintah Kelantan 16 tahun lalu, cuba berikan satu usaha mereka yang disokong atau menerima endorsement dari Shahrizat? Sesungguhnya kerajaan negeri tidak memerlukannya pun, malah kalau mahukan popularity (sebagaimana yang BN sering mahukan) logiknya kerajaan negeri tak perlulah perkenalkan peraturan ini. > > Kalau mahu undi dan rakyat Kelantan sebagaimana kata Shahrizat menentang usaha-usaha ini maka lebih baik kerajaan PAS membisu sahaja. Punggah sahaja kekayaan negeri masukkan ke kocek masing-masing dan duduk diam-diam sebagaimana diamalkan di negeri-negeri lain. Tambahan akalau ada ADUn yang macam Zakaria dari pelabuhan Kelang tu. Masalah moral masalah akhlak itu hak peribadi, tetapi mengapa kerajaan PAS sanggup melawan arus sebegini? > > Jawabnya tuntutan kepada agama mengatasi ukuran populariti yang Shahrizat dan kawan-kawan sekutunya pentingkan. Keselamatan dan kesejahteraan rakyat Kelantan dunia dan akhirat lebih penting dari melayan gangguan mereka yang memang tidak pernah senang hati seperti Shahrizat dan yang seangkatan dengannya. > > At least they are being honest and truthful unlike the Hadhari government that allegedly adores Islam but has done nothing to uphold and protect it. > > Roslan SMS > > Send instant messages to your online friends http://uk.messenger.yahoo.com >