KOTA BHARU: Seramai 125 pekerja wanita premis perniagaan sekitar 
bandar ini didenda antara RM100 hingga RM500 oleh Majlis Perbandaran 
Kota Bharu (MPKB) atas dakwaan berpakaian seksi sepanjang awal tahun 
ini.

Yang Dipertua MPKB, Abd Aziz Abd Rahman, berkata mereka terdiri 
daripada pekerja wanita di restoran, kedai telefon, kedai pakaian dan 
premis lain yang berurusan secara langsung dengan pelanggan.

Katanya, tindakan diambil Jabatan Pembangunan Islam (JPI) MPKB 
selepas mendapati mereka ingkar Kod Etika Pakaian yang dikuatkuasakan 
kerajaan negeri mengikut Seksyen 4(a) Undang-Undang Pengawalan dan 
Penyeliaan Establisment Makanan MPKB 1987.

"Kod etika pakaian terhadap pekerja wanita itu dikuatkuasakan sejak 
1990, tetapi sehingga kini, masih ada pekerja wanita di premis 
tertentu enggan mematuhinya.

"Denda maksimum RM500 itu dikenakan terhadap setiap pekerja yang 
berpakaian seksi atau menjolok mata yang boleh mengundang ghairah 
pelanggan lelaki.

"Tindakan dikenakan terhadap wanita berpakaian seksi keterlaluan 
manakala majikan turut diberi amaran supaya memastikan pekerjanya 
mematuhi kod etika itu," katanya di sini, kelmarin.//BHarian

Kirim email ke