w'salam sdr boleh lihat dalam web UMK ---> http://www.umk.edu.my
--- In perakan@yahoogroups.com, "shukri_ysf" <[EMAIL PROTECTED]> wrote: > > Assalamualaikum, saya ingin mengetahui macamana untuk memohon > jawatan di UMK. > Terima kasih > > > > --- In perakan@yahoogroups.com, "abuhafizd" <abuhafizd@> wrote: > > > > KOTA BHARU: Kementerian Pengajian Tinggi menerima kira-kira 30 > guni > > surat permohonan bagi mengisi 176 jawatan di Universiti Malaysia > > Kelantan (UMK), kata Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Mustapa > Mohamed. > > > > "Saya tidak menduga kekosongan jawatan di UMK mendapat sambutan > > memberangsangkan sehingga sejumlah kira-kira 30,000 surat > permohonan > > diterima untuk mengisi jawatan yang ditawarkan. > > > > "Kajian kita mendapati pemohon jawatan di UMK merangkumi dua > kategori > > utama iaitu anak tempatan dan mereka yang ingin mengembangkan > > kerjaya," katanya selepas perjumpaan dengan pengetua, guru besar > dan > > Pegawai Pelajaran Daerah Tanah Merah di sini, semalam. > > > > Turut hadir, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) > > Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Datuk Muhammad Idiris Saleh; > > Pengarah Kampus Kesihatan USM, Prof Datuk Mafauzy Mohamed dan > > Pengarah Hospital USM, Dr Zaidun Kamari. > > > > Beliau berkata, sebahagian besar daripada permohonan yang diterima > > ialah daripada anak tempatan yang sudah bekerja sama ada dengan > > kerajaan atau swasta tetapi memohon berkhidmat di UMK. > > > > "Termasuk dalam kumpulan ini adalah anak Kelantan yang ketika ini > > bekerja di merata tempat di luar Kelantan terutama di Kuala Lumpur > > tetapi berhasrat kembali menabur jasa di tanah kelahiran. > > > > "Kumpulan kedua pula membabitkan mereka yang baru menamatkan > > pengajian dari institut pengajian tinggi (IPT) tempatan atau di > luar > > negara serta belum ada pekerjaan. > > > > "Kita menghargai minat yang ditunjukkan oleh pelbagai pihak untuk > > berkhidmat dengan UMK dan berharap ia menjadi petanda universiti > ini > > kini berada pada landasan yang betul untuk mencapai kejayaan," > > katanya. > > > > Dalam perkembangan berasingan, Mustapha berkata, kerajaan menerima > > hakikat ada rakyat Malaysia memilih bekerja di luar negara sama > ada > > dengan syarikat tempatan atau asing. > > > > "Sebagai sebuah negara pesat membangun, tentu kita mahu lebih > ramai > > rakyat menyumbang kepada negara tetapi kita sedar tidak mampu > > menyediakan peluang yang lumayan seperti ditawarkan negara luar > > kepada semua. > > > > "Sebab itu kita tidak menghalang apabila ada memilih bekerja di > luar > > negara, lebih-lebih lagi jika bekerja dengan syarikat tempatan > > khususnya di negara seperti di Arab Saudi dan Sudan. > > > > "Mereka berbuat demikian untuk menimba pengalaman atau > meningkatkan > > kedudukan ekonomi keluarga, tetapi kita yakin suatu hari nanti > mereka > > akan kembali untuk menyumbang kepada pembangunan negara. > > > > "Bagaimanapun, dalam bidang tertentu yang kita masih kekurangan > > seperti perubatan, farmasi dan saintis, kita menggalakkan mereka > > pulang berkhidmat di sini selepas menamatkan pengajian," katanya. > > > > Terdahulu, Mustapa turut menerima sumbangan kelengkapan bantuan > > pesakit bernilai RM40,000 daripada Persatuan Alumni Doktor USM > (Padu) > > untuk kegunaan HUSM dan Hospital Raja Perempuan Zainab II.//BHarian > > >