Assalamualaim w.b.t.
Ambo ada dengar cerita, kabarnya Perakan Malaysia akan mengadakan mesyuarat
agung tahunan yang kedua pada pertengahan Feb 2008 ini, segala persiapan
mesyuarat sedang giat dijalankan oleh pihak jawatankuasa, namun, tarikh dan
lokasinya masih belum ditentukan dan disahkan, kemungkinan Sek Agama Al-Amin,
Gombak menjadi pilihan utama sebagaimana beberapa program Perakan yang telah
diadakan ditempat yang sama sebelum ini.
Apa yang menarik perhatian ambo ialah mengenai pemilihan jawatankuasa, ; walau
pun mesyuarat agung tahunan pada tahun 2008 ini adalah mesyuarat tahunan biasa
dan tidak ada pemilihan ahli jawatankuasa (mengikut perlembagaan semasa
pemilihan diadakan pada tahun 2009), namun ada ‘desas desus pot pet pot pet’
kedengaran ada ‘pihak’ yang cuba untuk “membawa usul supaya diadakan pemilihan
jawatankuasa” dengan alasan kononya jawatankuasa yang sedia ada tidak mampu
membawa hasrat dan objektif yang disasarkan oleh persatuan.
Pihak jawatankuasa pula kabarnya juga akan membawa usul pada mesyuarat ini
iaitu “usul untuk meminda perlembagaan yang antara lain berkaitan pemilihan
jawatankuasa”, sekiranya pindaan ini diluluskan pada mesyuarat kali ini, maka
pemilihan ahli jawatankuasa mungkin tidak dibuat pada tahun 2008. (pemilihan 3
tahun sekali?)
Walau bagaimana pun, sekiranya mesyuarat tahun ini akan diadakan seperti yang
dijangkakan, ambo harap semuanya berjalan lancar tanpa ada sebarang perkara
yang tidak diingini dan boleh memberi kesan negative kepada hubungan baik yang
telah sedia terjalin antara ahli.
Seandainya ada sebarang perasaan tidak puas hati di kalangan ahli atau apa jua
masalah persatuan, diharapkan pihak jawatankuasa yang sedia ada dan pihak-pihak
yang lain boleh mengatasinya secara hikmah dan bertoleransi.
“SELAMAT BERSIDANG’’
____________________________________________________________________________________
Never miss a thing. Make Yahoo your home page.
http://www.yahoo.com/r/hs