KUALA LUMPUR, 17 Feb - Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato' Nik 
Abdul Aziz Nik Mat mengingatkan anak-anak Kelantan yang berada di 
perantauan supaya pulang pada hari mengundi pada 8 Mac nanti untuk 
menunaikan kewajiban memilih pemerintah yang menjamin keselesaan dan 
keamanan rakyat. 

"Bila mengundi kena balik, nak balik tak kira siapa yang suruh balik 
sama ada PAS ke Umno ke tapi yang penting mesti balik dan pangkah 
PAS," katanya ketika berucap dalam program 'Temu mata anak Kelate 
2008' anjuran persatuan anak-anak Kelantan (Perakan) di dewan utama 
Masjid Wilayah, Jalan Duta, di sini, petang tadi. 

Dalam ucapan itu beliau turut membidas tindakan pimpinan Umno yang 
besungguh-sungguh mahu merawat Kelantan. 

Beliau berkata, apa penyakit yang telah menyerang rakyat Kelantan 
sehingga seluruh pimpinan Umno berusaha bersungguh-sungguh mahu 
merawat Kelantan. 

Katanya, kalau rakyat Kelantan diserang sakit, kulit, jantung atau 
sakit fizikal sudah lama hospital membuat rawatan tersebut. 

Menurut beliau jika pimpinan Umno mahu merawat penyakit fizikal 
kerajaan Kelantan sudah lama menyediakan pelbagai kemudahan di 
hospital dengan kepakaran doktor untuk mengubati penyakit. 

Sebaliknya tambah beliau, jika penyakit rohani tidak ada manusia 
yang boleh mengubatinya kecuali dengan hikmah al-Quran. 

Beliau melahirkan kebimbangan dengan kehidupan manusia yang semakin 
hari terdedah dengan pelbagai gejala sosial. 

Katanya, rohani manusia sekarang sedang sakit sebab itu timbul 
masalah rogol, penculikan kanak-kanak, dadah dan sebagainya. 

"Hendak merawat penyakit manusia, kami tahu nak merawatnya. Orang 
Umno yang sakit bukan orang PAS. Dia sakit kulit hendak jual ubat 
kulit, mana boleh," katanya. 

Beliau turut mengingatkan seluruh ahli Perakan bahawa Allah kempen 
kepada umat-Nya supaya beragama untuk memudahkan menguruskan hawa 
nafsu. 

Ini kerana katanya, nafsu itu menjadi punca melakukan kejahatan dan 
ketakwaan kepada Allah SWT. 

Tambah beliau, orang yang cerdik adalah orang yang memaksa hidupnya 
untuk menghalang nafsu jahat daripada menguasai kehidupan bagi 
menjamin kebahagiaan hidup selepas mati.//hrkh
 


Kirim email ke