----- Original Message ----- 
From: danish <BLOCKED::mailto:[EMAIL PROTECTED]>  
To: [EMAIL PROTECTED]
<BLOCKED::mailto:[EMAIL PROTECTED]>  ;
[EMAIL PROTECTED]
<BLOCKED::mailto:[EMAIL PROTECTED]>  ;
[EMAIL PROTECTED]
<BLOCKED::mailto:[EMAIL PROTECTED]>  ;
[EMAIL PROTECTED] <BLOCKED::mailto:[EMAIL PROTECTED]>  
Sent: Wednesday, February 20, 2008 8:27 PM
Subject: [dpmmkl_group] Tesco jual ayam tak sembelih?? (BOIKOT
HABIS-HABISAN TESCO!!!!)


WAR-WARKAN KE SELURUH PENDUDUK MALAYSIA!!







TESCO jual bangkai ayam??? Sial!!
<BLOCKED::http://shagrasyiid.wordpress.com/2008/02/20/tesco-jual-bangkai
-ayam-sial/> 

Posted on February 20, 2008 by shagrasyiid 

3 pembekal ayam tak sembelih disaman


Oleh: Berita Harian



        KUALA LUMPUR: Timbalan Pengarah Jabatan Kebudayaan, Kesenian,
Pelancongan dan Sukan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Zainuddin Md
Zin, semalam memfailkan kira-kira RM5 juta terhadap tiga pembekal dan
penjual ayam, termasuk Tesco Stores (Malaya) Sdn Bhd kerana menjual ayam
yang tidak disembelih.

        Zainuddin, 55, menamakan Perak Duck Food Industries Sdn Bhd, CKL
Marketing Sdn Bhd dan Tesco sebagai defendan pertama, kedua dan ketiga
dalam saman yang difailkan menerusi Tetuan M K Othman & Co di Pejabat
Pendaftaran Mahkamah Tinggi Jalan Duta, di sini.
        Beliau dalam tuntutannya memohon ganti rugi khas, termasuk kos
pembelian ayam, kos perbelanjaan makan dan minum bagi pertemuannya
dengan wakil dari Perak Duck Food Industries Sdn Bhd dan kos bagi
menghadiri pemeriksaan di Bahagian Hab Halal Jabatan Agama Islam
Malaysia (Jakim) di Cyberjaya.
        Selain itu, beliau juga menuntut menghadiri pemeriksaan di
Persatuan Pengguna Islam (PPIM) di Keramat di sini dan kos untuk
menghadiri pemeriksaan di Jabatan Agama Islam Perak di Ipoh yang
semuanya bernilai RM1,375.77.
        Zainuddin juga memohon defendan untuk membayar ganti rugi am,
ganti rugi teruk dan ganti rugi teladan yang bernilai RM5 juta kerana
defendan pertama dan kedua berlaku khianat dengan membekalkan makanan
berlogo halal kepada semua umat Islam.
        Di samping itu, beliau turut memohon mahkamah untuk menghalang
ketiga-tiga defendan untuk menjual, mengedar, memasar atau menyebabkan
produk itu berada di pasaran.
        Plaintif juga meminta mahkamah mengarahkan ketiga-tiga defendan
memohon maaf kepada semua umat Islam di negara ini berterusan selama
tiga hari di muka hadapan akhbar utama bahasa Melayu dengan menanggung
segala kos perbelanjaan.
        Dalam writ saman berkenaan, beliau juga mendakwa defendan
pertama gagal memastikan keadaan ayam yang dihasilkan tidak disembelih
mengikut Syara' dan tidak prihatin serta sensitif kepada kehendak umat
Islam.
        Defendan kedua pula didakwa secara cuai menyelia pengeluaran
produk yang berlogo halal pada bungkusan itu, manakala defendan ketiga
gagal melakukan sebarang pemeriksaan bagi memastikan keselamatan halal
produk itu sebelum dipasarkan.
        "Pada 28 Oktober tahun lalu saya membeli tiga ayam selasih di
Tesco dan mendapati ayam yang dilabelkan logo halal tidak disembelih
dengan betul mengikut prosedur penyembelihan.
        "Sangkaan saya ternyata betul apabila PPIM mengesahkan ayam yang
dibeli tidak halal kerana urat leher ayam yang disembelih itu tidak
putus," katanya.

        
        
        
        P/S: SAH LEPAS NI TESCO 'BANKRAP' PELANGGAN...

Kirim email ke