Note: forwarded message attached.
       
---------------------------------
Be a better friend, newshound, and know-it-all with Yahoo! Mobile.  Try it now.
--- Begin Message ---
Strategi Akhir BN di Lancar
72 Jam Tempoh Genting

MALAM tadi Abdullah Ahmad Badawi pergi ke Kelantan secara diam-diam. Calon 
ketiga MB Kelantan dari Umno, Dr Awang Adek Hussin terpaksa membatalkan 
temujanjinnya dengan TV3 untuk bersiaran secara langsung dalam rancangan Bual 
Pilihan Raya.

Kedatangan mengejutkan itu tentu ada sebab tertentu yang sangat penting.

Hari ini di surat khabar melaporkan Abdullah mengarahkan jentera BN agar 
memperhebatkan kempen. Kenyataan itu dilaporkan beliau berkata di Kepala Batas 
bukannya di Kota Bharu. Tidak ada kenyataan khusus dikeluar dan dilaporkan di 
Kota Bharu.

Semalam juga beliau mengadakan pertemuan dengan Badan Perhubungan Umno Kelantan 
dan calon-calon BN Kelantan. Beliau juga sempat mendirikan solat Maghrib 
berjemaah bersama-sama calon-calon BN, gambar ada terpampang di surat khabar.

Gambar berkenaan adalah sebahagian daripada bahan kempen Umno. Harapan apa yang 
tertera digambar itu menunjukkan calon-calon BN dan Abdullah sendiri 
mementingkan sembahyang!

  Dirahsiakan
  Tidak ada apa yang dilaporkan berhubung dengan pertemuan itu. Mungkin ianya 
dirahsiakan daripada umum dan arahan-arahan malam tadi adalah sulit.

Yang pastinya pertemuan itu adalah penting dan mustahk. Kalau tidak penting 
masakan Abdullah meninggalkan kerja lain dan bergegas ke Kelantan.

Hari mengundi tinggal tiga hari sahaja lagi. Abdullah mungkin membuat 
arahan-arahan terakhir. Jika diambil kira arahan beliau di Kepala Batas maka 
Kelantan juga tidak ketinggalan.

Pembangkang - Pas dan PKR Kelantan harus peka dan sedar mengenai perkara ini. 
Seperti mana yang dikatakan sebelum ini, Abdullah beriya benar untuk tawan 
Kelantan bagi membuktikan beliau masih popular. Sudah tentu beliau akan lakukan 
apa saja. BN akan melancarkan strategi terakhirnya tiga hari sebelum hari 
mengundi. Semua peluru dan senjata sulit akan dikeluarkan waktu ini 72 jam.

Pemimpin Pas dan PKR kena kuatkan mental dan tingkatkan kesihatan tubuh badan, 
fizikal. Tidak mustahil sesuatu yang boleh meluluhkan prasaan akan diledakkan 
BN dalam tempoh tersebut. Rakyat perlu diberitahu mulai saat ini akan 
kemungkinan ini.

Pengalaman sudah ada. BN akan bertindak pada saat-saat akhir. Memang kalau 
dilihat perkembangan atas kertas hari ini, impian BN untuk tawan Kelantan akan 
tingal sebagai mimpi saja. Dalam analisa bebas yang, Pas Kelantan kini sudah 
memperolehi 24 kerusi, berbanding Umno/BN kini hanya memperolhi 16 kerusi. Lima 
kerusi lagi masih menjadi teka teki.

Dalam erti kata lain Pas kini sudah mendapat majoriti mudah untuk menguasai 
Kelantan.

Dengan kedudukan itu Pas tidak perlu merasa lega dan mengoyang kaki. Lima 
kerusi lagi menjadi penentu. Biar saya tidak sebut dulu kerusi-kerusi yang 
panas dan menjadi penentu itu.

Apa yang perlu difikirkan dan kena siasat apakah kemungkinan arahan Abdullah 
malam tadi?

Menembusi perut

Pas perlu bijak dalam soal ini. Di sinilah memerlukan skuad risik yang cekap. 
Sekiranya Pas gagal menyelami dan menghidu rahsia ini, pasti senjata BN 
terakhir tiu akan menembusi perut Pas dan PKR.

Ada beberapa kemungkinan diarah dan disuruh Abdullah malam tadi yang perlu 
diambil perhatian.

1. Dalam tempoh 72 terakhir ini BN akan mula menggunakan tenaga kewangan 
sebanyaknya. Kerja-kerja membeli undi secara mendada akan dilakukan. 
Calon-calon BN telah diperuntukan sejumlah RM1 juta seorang untuk tujuan itu. 
Calon BN akan membeli undi secara direct.

2. BN akan membuat pendedahan berbuhung skandal melibatkan pemimpin Pas 
Kelantan. Skandal ini termasuklah mengenai penyalahgunaan kuasa dan sebagainya 
atau mendedahkan kertas-kertas siasatan berhubung jenayah.

3. Mengarahkan agar BN Kelantan bersiap sedia menerima kemasukan pengundi luar. 
Untuk ini kerjasama polis digunakan sepenuhnya.

4. Mungkin akan ada pengakuan daripada orang-orang tertentu untuk memburukkan 
pemimpin Pas, pengakuan ini akan disiarkan dalam telivesyen dan akhbar.

5. Mungkin akan ada beberapa perubahan peraturan di tempat mengundi atau 
ditempat pengiraan undi yang dipinda saat-saat akhir oleh Suruhanjaya Pilihan 
Raya (SPR).

Itulah antara subjek dan kemungkinan yang kena fikir oleh Pas serta PKR 
Kelantan. Mereka perlu berbuat sesuatu sebelum kemungkinan ianya berlaku. 
Janganlah bertindak di saat-saat akhir. Rakyat perlu dihebahkan dengan 
kemungkian-kemungkian ini agar merka tidak terkejut dan panik! [wm.kl 8:30 am 
05/03/08]

       
---------------------------------
Bosan dengan spam? Mel Yahoo! memiliki perlindungan spam yang terbaik
http://my.mail.yahoo.com/

--- End Message ---

Kirim email ke