--- Begin Message ---
muhammad saleh <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
Seketika, sengaja saya singgah di blog-blog sahabat saya untuk mencari
maklumat dan ketenangan.
Entah mengapa sejak semalam, hati saya meronta-ronta untuk mendengar khabar
tentang Kelantan. Fikiran saya menjadi agak bercelaru apabila memikirkan nasib
Kelantan.Saya tiba-tiba menjadi sangat sebak apabila memikirkan apakah nasib
negeri pertahanan terakhir Islam di Malaysia ini.
Petang tadi, jantung saya berdegup kencang apabila membaca berita-berita yang
dilaporkan oleh akhbar lidah rasmi Barisan Nasional. Satu persoalan yang
bermain di fikiran saya, Barisan Nasional kali ini seolah-olah kurang peduli
dengan kawasan lain dan mereka terlalu tertumpu pada kawasan kubu kuat PAS
untuk dijajah. Melihat pada provokasi yang dimainkan, kelihatan benar mereka
terlalu yakin bahawa mereka akan menang di Kelantan.
Air mata mengalir deras tatkala membaca perkhabaran terbaru di blog kakak
angkat saya sebentar tadi, yang mengiyakan perasaan saya selama 2 hari
ini..Benarlah telahan saya, ada yang tak kena akan berlaku di Kelantan. Berikut
adalah petikan kisah kakak angkat saya yang bertemu dengan sahabat beliau
petang tadi yang saya kutip dari blog beliau.Sahabat kakak angkat saya bekerja
sebagai salah seorang pegawai di Jabatan Pendaftaran Negara.
Saya dihubungi seorang kenalan yang bertugas di Jabatan Pendaftaran
Negara.Semenjak minggu lalu dia beria-ria ingin berjumpa saya.Suruh turun di
Shah Alam pun dia tidak kisah.Apabila saya bertanyakan kenapa sejak dua menjak
ini dia bersungguh mahu jumpa saya- dia berbisik cemas bahawa dia tidak boleh
bercakap di telefon dalam pejabat .Bahaya.
Lalu hari ini saya mempunyai keluangan masa dan dia sendiri pun berada di Shah
Alam.Kami mengadap sarapan pagi di warung seksyen 2 depan tasik Shah Alam.
Belum sempat menjamah makanan, dia segera buka sekeping fail kuning langsat.Dia
kata tengok senarai ini.Saya hanya nampak senarai nama-nama perempuan dan
lelaki.Helaian salinan yang seperti di cetak semula.Senget benget.Kawan saya
ini photostate sendiri sambil tutup-tutup agaknya.Penakut sungguh.
"Kenapa?"
"Ini senarai sebanyak 30,000 orang berdaftar baru atau memperbaharui kad
pengenalan di bawah aku.Aku pegang satu fail.Kau tahu ini semua kemana....ke
Kelantan"
Dia terus bercerita.Semua ini adalah rakyat Thailand dan Indonesia yang akan
diberi kewarganegaraan Malaysia dan akan dibenarkan menetap di Kelantan.Syarat-
mereka perlu mengundi BN di kelantan.
Saya kata itu bukan perkara baru.Memang BN berkuasa untuk buat semua itu.
"Masalahnya Nur...." kawan saya itu kelihatan cemas."Kali ni confirm BN menang
di Kelate..mu tak perati ke cara Awang Adek cakap..confident giler sebab
setakat ni memang BN dah menang..sakit ati aku tahu dok.."
"Acu mu baca program-program balik ngundi ke kelantan oleh BN baru-baru
ni..itu bukan perantau dari kelate balik ghama-ghama (ramai-ramai) tuh
..sek-sek (puak-puak) Thailand belako tuh..dia angkut pi belah selangor dan KL
dulu pastu konvoi ramai-ramai ke kelate..Sebab tu Annuar Musa beria-ria buat
program preantau balik kelate..bukan perantau balik..pengundi hantu..."
"Mu tok here (tak hairan ) ke sebab apa JPN tiba-tiba memaklumkan bahawa
sapo-sapo nok buat ic yang hilang JPN akan permudahkan kelulusan demi
konon-konon pilihanraya. ..apa semua tuh?"
"Wok maghi la senara tuh..(Bagi la senarai tuh)..aku wi(bagi) ke peguam Pas
untuk pantau ko.."saya hulur tangan.
"Tok leh...eeee.. mampuh aku (Mampus aku)..aku sore jah yang pegang senarai
ni..setiap senarai nama setiap pegawai..kalau keluar hok ni maknonya bocor
beloh aku la...."
"Doh tu (Habis tu)..mu nok suruh aku buat ghuano..(kau nak suruh aku buat
macamana?).. "
"Panda-panda set-set mu la....(pandai- pandai PAS la buat ikut maklumat dia)"
Saya diam sambil terus menyuapkan nasi lemak.Senarai nama itu saya
perhatikan.Nama- nama pegundi hantu ini saling tak tumpah macam nama-nama orang
kelantan.
Saya nak buat macamana? Setakat melaporkan sebagai khabar angin boleh lah
kepada PAs kawasan.Sebab bukti tiada untuk dibuat bantahan dan sebagainya.
Mungkin jentera pilihanraya PAs negeri Kelantan boleh perketatkan lagi
pemantauan ke atas kemasukkan bas-bas persiaran ke negeri tersebut kalau
benarlah ibarat yang di adukan oleh kawan saya itu. ............ ...
Kepada pejuang pencinta agama Islam sekalian, janganlah kalian mudah berasa
putus asa. Benar, jika dihitung secara logiknya, melalui tipu daya mereka,
peluang untuk kita pertahankan Kelantan adalah hampir mustahil .Namun, jangan
bimbang, selagi belum sampai ke saat terakhir, selagi mana kita masih bernyawa,
kita jangan sesekali lunturkan semangat jihad kita untuk bergerak kerja.
Pertajamkan lagi strategi, pasakkan lagi keimanan dan tawakkal pada Allah.
(Tuhan yang membuka jalan kemenangan itu) Dialah yang menurunkan semangat
tenang tenteram ke dalam hati orang-orang yang beriman (semasa mereka meradang
terhadap angkara musuh) supaya mereka bertambah iman dan yakin berserta dengan
iman dan keyakinan mereka yang sedia ada; pada hal Allah menguasai tentera
langit dan bumi (untuk menolong mereka) dan Allah adalah Maha Mengetahui, lagi
Maha Bijaksana.(Al- Fath: 4)
Di saat genting ini, kita tidak punya masa lagi untuk pembaziran masa ke arah
yang sia-sia.Tambahkan lagi kejiddiyahan dalam bergerak kerja. Seandainya pihak
lawan yang kita ingin selamatkan mereka dari terus menzalimi diri sendiri dan
orang lain pun sanggup bersengkang mata, bertungkus lumus ,bergerak kerja
bermati-matian demi memastikan matlamat tercapai, kita sepatutnya
berlebih-lebih lagi. Adakah kita mampu untuk tidur lena membiarkan sahaja
perkara ini
..Sudah cukupkah usaha kita untuk membantu pertahankan
satu-satunya kerajaan Islam kita? Bantulah sehabis yang mampu. Tidak mampu
tenaga, wang dan doa jadi hantaran.Jauhi segala jenis maksiat, pelihara hati,
iman dan. Niat.
Kemenangan yang dengan sebabnya Allah mengampunkan salah dan silapmu yang
telah lalu dan yang terkemudian dan menyempurnakan nikmatNya kepadamu, serta
menambahkanmu hidayat ke jalan yang lurus (dalam mengembangkan Islam dan
melaksanakan hukum-hukumnya) . Dan dengan sebabnya Allah memberikanmu
pertolongan (untuk mencapai kejayaan) dengan sepenuh-penuh dan sehandal-handal
pertolongan (yang tidak ada bandingannya) . (Al-Fath: 2-3)
Renungkanlah, sahabat, mungkin Pilihanraya kali ini, adalah Pilihanraya yang
terakhir untuk kita bergerak kerja demi Islam . Boleh jaminkah kita, bahawa
kita akan hidup lagi untuk PRU yang akan datang??.... Fikirkan
Bekerjalah untuk Islam seolah-olah kamu akan bertemu dengan tunangmu yakni
kematian pada esok hari, wahai sahabatku..
---------------------------------
Looking for last minute shopping deals? Find them fast with Yahoo! Search.
--- End Message ---