Bebaru nih meraka kata pakatan BA terutama DAP biadap terhadap kebawah Dulu Al Sultan Perak, mengenai perlantikkan Menteri Besar mereka,Tidak mengendahkan kehendak Baginda....Tetapi sekarang siapakah yang lebih biadap sebenarnya.....satu soalan yang menjadi tandatanya mengapa jadi begitu......mengapa beriaya iya benar untuk menjadi Menteri Besar....dan mengapa 23 ahli yg lain sanggup untuk menderhakai keBawah Al Sultan,apakah yang menyebabkan mereka sebegitu biadap........Apakah kerja yg belum siap ............kalau ikhlas kepada rakyat.....demi rakyat Terengganu..Amnya...siapa menteri Besarnya adalah demi rakyat Terengganu.......Apakah menjadi rakyat terengganu itu hanya kebetulan saja..dan lebih penting ikut pelembagaan Umno dan segala macam undang undang.............kawe menyesal ........dan pada tahun 2013..piliharaya ke 13 nanti yakinlah saya tidak undi umno.....tetap undi pas....( ahli pas.....heee..heee..
ikhwan manan <[EMAIL PROTECTED]> wrote: raja, sultan(mahupun wakil [EMAIL PROTECTED])adalah tonggak rakyat bagi sesebuah negeri.semua rakyat tidak kira apapun agama atau keturunan bahkan parti apapun haruslah taat dan patuh setiap apa dititahkan oleh sultan.ini termaktub dalam rukun negara yang berbunyi kedua; Kepercayaan kepada Tuhan Kesetiaan kepada Raja dan Negara Keluhuran Perlembagaan Kedaulatan Undang-Undang Kesopanan dan Kesusilaan sekilas pandang,petikan akhbar hari ini rata2 memaparkan bahawa umno tidak mematuhi apa yang terkandung dan termaktub dalam rukun negara. haruskah pemimpin seperti ini mentadbir sesebuah negeri????rasanya terpulanglah pada anda sendiri menilainya. walaupun rakyat memilih anda sebagai wakil rakyat tapi tidak semestinya rakyat merestui apa yang dilakukan oleh pemimipin seperti ini. renung2kanlah...sebagai pedoman apa yang dititahkan oleh Raja Perlis baru2 ini semasa pemilihan menteri besar perlis,baginda mahu setiap berlaku haruslah tidak mementingkan kepentingan individu tetapi sebaliknya mahu kepentingan mahu diutamakan kepada kesejahteraan rakyat.....jadi kita renungkanlah relevenkah umno tidak menghiraukan keputusan istana.moleklah juga kalu puak2 umno di terengganu protes dengan letak jawatan wakil rakyat (bubar pulok DUN ganu kite)sebelum dapat watikah perlantikan ADUN daripada istana.jadi rakyat terengganu bersedialah untuk mengundi pulok.......kalu ngundi pulok kita pakat pakah pas deh....kalu pas menang, kita we sultan jer lantik siapa yang terbaik. ----- Original Message ---- From: abe din aim <[EMAIL PROTECTED]> To: perakan@yahoogroups.com Sent: Saturday, March 22, 2008 5:09:51 PM Subject: [perakan] Siapa Pengkhianat??? Istana mahu Ahmad Said -- 23 ADUN berdiri teguh di belakang Idris Oleh: NOR AZIAH JAAFAR dan WAN RAMLI WAN MUHAMAD IDRIS JUSOH dan AHMAD SAID. --------------------------------- KUALA TERENGGANU 22 Mac - Majlis Penasihat Pemangku Raja (MPPR) hari ini mengeluarkan kenyataan yang menamakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal, Datuk Ahmad Said, 51, sebagai Menteri Besar Terengganu yang baru. Pelantikan tersebut mengetepikan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Idris Jusoh yang mendapat watikah pelantikan sebagai Menteri Besar bagi penggal kedua daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berikutan kemenangan besar pada Pilihan Raya Umum Ke-12, 8 Mac lalu. Ekoran kenyataan dari Pejabat Sultan Terengganu itu, 23 ADUN Barisan Nasional (BN) menolak pelantikan itu dan berikrar berdiri teguh di belakang kepimpinan Idris. Mereka juga bertegas tidak akan menghadiri upacara angkat sumpah yang dijadual berlangsung di Istana Tetamu, di sini pukul 8 pagi esok. Kedudukan pelantikan Menteri Besar Terengganu berbeza dengan pergolakan jawatan yang sama di Perlis kerana Idris mendapat sokongan penuh ADUN BN. Di Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim hanya disokong oleh lima ADUN manakala sembilan lagi ADUN menyokong Datuk Dr. Md. Isa Sabu pada waktu pergolakan itu. Ini membolehkan Md. Isa dilantik sebagai Menteri Besar. Kesemua 23 ADUN diketuai ADUN Ajil, Datuk Rosol Wahid pada sidang akhbarnya petang ini, menyatakan sokongan kepada Idris dan tidak akan hadir pada upacara angkat sumpah jika calonnya bukan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri itu. Rosol yang juga Setiausaha UMNO negeri memberitahu, 23 ADUN BN akan turut membuat undi tidak percaya kepada Menteri Besar Terengganu yang baru sebagai menunjukkan sokongan mereka terhadap Idris. Mana-mana calon selain Idris, kami tidak akan terima. Malah ada di kalangan kami yang sanggup meletak jawatan jika beliau tidak dipilih. Oleh itu, bersedialah untuk menghadapi kemungkinan pilihan raya sekali lagi, tegasnya pada sidang akhbar di kediaman rasmi Menteri Besar, Seri Iman di sini hari ini. Pengumuman mengenai pemilihan Ahmad dihebahkan melalui kenyataan akhbar yang dihantar menerusi faksimile oleh Pengelola Istana Sultan Terengganu, Mohd. Yasim Awang pada pukul 5.36 petang ini. Kenyataan akhbar itu memberitahu, MPPR dalam melaksanakan fungsi bagi pihak Pemangku Raja memilih untuk melantik Ahmad sebagai Menteri Besar yang baru untuk mengetuai Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Terengganu. Pelantikan tersebut dibuat mengikut Fasal 14 Perenggan (2) (a) Undang-Undang Bagi Diri Kerajaan Terengganu (Bab 2) dan upacara mengangkat sumpah akan diadakan di Kuala Terengganu esok. Pelantikan Menteri Besar Terengganu menjadi isu apabila upacara mengangkat sumpah jawatan masih tidak diadakan sejak berakhirnya Pilihan Raya Umum Ke-12 pada 8 Mac lalu. Majlis tersebut yang sebelum ini dijadualkan berlangsung di Istana Maziah pada 10 Mac lalu ditangguhkan pada saat-saat akhir menjadikan Terengganu yang kekal di bawah Barisan Nasional (BN) merupakan satu-satunya negeri yang belum mempunyai Menteri Besar walaupun selepas dua minggu pilihan raya berakhir. Dalam pada itu, Rosol berkata, tindakan tidak menghadiri upacara mengangkat sumpah jawatan esok bukan perbuatan menderhaka kepada raja, sebaliknya dilakukan atas alasan untuk mengelakkan perpecahan dalam parti. Ditanya sama ada tindakan itu hanya untuk kepentingan satu pihak, beliau berkata, ia sebaliknya dilakukan atas kepentingan rakyat yang memilih mereka sebagai wakil. Rosol berkata, mereka akan menghantar surat sokongan kepada Idris yang ditandatangani oleh 22 ADUN BN kepada MPPR dan Abdullah pagi esok meminta Perdana Menteri mencari penyelesaian masalah itu. Dalam pada itu, Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dalam kenyataannya sebelum ini menjelaskan urusan pelantikan Menteri Besar Terengganu terletak sepenuhnya pada Pemangku Raja dan MPPR negeri itu. Katanya, Yang di-Pertuan Agong, Sultan Mizan Zainal Abidin sedar tentang peruntukan tersebut yang baginda tidak boleh mencampuri urusan pelantikan Menteri Besar di negeri berkenaan. Menurut Abdul Gani, berdasarkan kepada Perkara 34 (1) Perlembagaan Persekutuan, Seri Paduka tidak boleh menjalankan fungsi sebagai Raja Negeri Terengganu melainkan sebagai Ketua Agama Islam. Sehubungan itu, Yang di-Pertuan Agong tidak mempunyai calon sendiri bagi mengisi jawatan Menteri Besar. Baginda menyedari hakikat bahawa urusan pelantikan Menteri Besar terletak sepenuhnya pada Pemangku Raja dan Majlis Penasihat Pemangku Raja. Justeru, baginda tidak mempunyai apa-apa peranan di bawah undang-undang dalam pelantikan tersebut, kata Abdul Gani. Utusan Malaysia --------------------------------- Be a better friend, newshound, and know-it-all with Yahoo! Mobile. Try it now. --------------------------------- Be a better friend, newshound, and know-it-all with Yahoo! Mobile. Try it now. --------------------------------- Never miss a thing. Make Yahoo your homepage.