Perakan jaga kebajikan anak Kelantan di Sabah 



Nabila Abdullah Fri | May 09, 08 | 9:03:45 am MYT 


KOTA KINABALU, 9 Mei (Hrkh) ? Persatuan Anak Kelantan di perantauan (Perakan) 
akan menganjurkan Majlis Penerangan Kerajaan Kelantan sekali gus merasmi 
pertubuhan tersebut pada 11 mei bertempat di Dewan Likas Square di sini. 
Majlis tersebut akan dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, 
Pembangunan Maklumat, Sains dan Teknologi Kelantan, Dr Mohd Fadzli Hassan. 
Menurut urusetia penganjur, Salman Amin, perhimpunan anak-anak Kelantan 
bertujuan untuk menjaga kebajikan anak-anak Kelantan dan menyampaikan maklumat 
sebenar mengenai kerajaan Kelantan di bawah pimpinan Tuan Guru Dato' Nik Abdul 
Aziz Nik Mat. 
"Kita berusaha menjaga kebajikan anak-anak Kelantan di perantauan dengan 
menubuhkan persatuan ini, di samping menyebarkan maklumat sebenar mengenai 
kerajaan PAS di Kelantan", katanya ketika ditemui. 
Tambahnya, kita juga akan menjawab isu-isu yang dibangkitkan oleh pihak yang 
tidak bertanggungjawab mengenai Kelantan dan sebarang persoalan mengenai 
kerajaan negeri. 
Menurutnya, walaupun baru ditubuhkan awal tahun ini jumlah ahli Perakan 
mencecah 1000 orang dan kami percaya bilang ini akan bertambah terutama kawasan 
Pantai Barat Sabah. 
Sehubungan itu, rakyat Kelantan yang berada di negeri ini diharap tidak 
melepaskan peluang selain dapat bertemu rakan, mereka juga berpeluang berjumpa 
dengan Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan, Mohd Zaki Ibrahim. 
Majlis ini juga terbuka kepada semua penyokong Pakatan Rakyat bagi memberi 
sokongan dan memeriahkan majlis. 
Justeru katanya, sesiapa yang berminat boleh menghubungi urusetia penganjur 
Salman Amin di 088-389515 dan 019-8693075. - mr 
_________________________________________________________________
With Windows Live for mobile, your contacts travel with you.
http://www.windowslive.com/mobile/overview.html?ocid=TXT_TAGLM_WL_Refresh_mobile_052008

Kirim email ke